Friday, February 21, 2020

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-8, 15-21 Februari 2020



Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-8, 15-21 Februari 2020

Petang Sabat

Baca pelajaran minggu ini: Dan.7, 2 Tes. 2:1-12, Rm. 8:1, Mrk 13:26, Luk. 9:26, Luk.12:8, 1 Tim. 2:5.
Ayat Hafalan: “Maka pemerintahan, kekuasaan dan kebesaran dari kerajaan-kerajaan di bawah semesta langit akan diberikan kepada orang-orang kudus, umat Yang Mahatinggi: pemerintahan mereka adalah pemerintahan yang kekal, dan segala kekuasaan akan mengabdi dan patuh kepada mereka” (Daniel 7:27).

-           Penglihatan Daniel 7, sejajar dengan Daniel 2.
-          Pertama: Penglihatan pada waktu malam dan empat angin mengoncangkan laut besar.
Kegelapan & Air = Penciptaan (tetapi dalam kacau/diserang).
-          Kedua:  Penglihatan binatang-binatang haram dan binatang campuran dan merupakan pelanggaran kepada penciptaan.
-          Ketiga: Binatang-binatang digambarkan cuba guna kekuasaan; kekuasaan Adam di taman Eden dirampas oleh kuasa-kuasa ini.
-          Keempat: Kedatangan Anak Manusia, kekuasaan Tuhan dipulih dan diberi kepada mereka yang berhak memilikinya dalam penghakiman Syurgawi nanti.
-          Gambaran luas kepada imej alkitabiah berfungsi sebagai latar belakang untuk penglihatan yang simbolik & penting.


Ahad, 16 Februari 2020

Empat Binatang

-          Baca Daniel 7
-          Setiap binatang = Patung dlm mimpi Nebukadnezar lambing setiap kerajaan pagan (binatang haram).
-          Binatang keempat, binatang-binatang yang dikenali dan  mempunyai ciri-ciri beberapa aspek kerajaan yang diwakilinya.
-          Singa = Babilon (Gambar singa bersayap di dinding istana Babilon, sayap singa dicabut dan ditegakkan pada dua kaki manusia sebagai Babilon di bawah kuasa raja-raja.)
-          Beruang = Empayar Media-Persia,  tiga tulang rusuk diantara giginya = penaklukannya: Lidia, Babilon & Mesir.
-          Macan Tutul = Empayar Yunani yang dibentuk Alexander Agung.  Empat Sayap = Kuasanya berkembang pantas dalam beberapa tahun.
-          Binatang ke-empat Menyerupai binatang yang dikenali, punya entity tersendiri. Tanduk lebih kejam & rakus daripada binatang yang sebelumnya. Romawi pagan, menakluk, memerintah dan menginjak-injak dunia dengan kakinya.




Isnin, 17 Februari 2020

Tanduk Kecil

-          Baca Daniel 7:7, 8, 18-25
-          Punya sepuluh tanduk yang memerintah dunia dengan kejam sebagai symbol kepada Roma pagan.
-          Tiga daripada tanduk itu tercabut, beri laluan kepada tanduk kecil yang punyai mata manusia, keluarkan kata-kata yang “menyombong” (Daniel 7:8). Bangkitkan perang terhadap orang-orang kudus.
-          Merupakan seorang raja yang melakukan 3 perbuatan menyalahi undang-undang.
-          Kesalahan 1: Ucapan tentang Yang Mahatinggi
-          Kesalahan 2: Menganiaya orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi
-          Kesalahan 3: Mengubah waktu dan hukum.
-          Akibatnya, orang kudus diserahkan ke dalam tangannya.
-          Malaikat beri tempoh untuk tanduk kecil jalankan aktivitinya.
-          Masa = tahun.
-          Sehari-setahun dan tempoh itu adalah 1,260 tahun. (Tempoh tanduk kecil lancer serangan terhadap Tuhan, aniaya orang kudus dan ubah hukum.)



Selasa, 18 Februari 2020

Majlis Pengadilan Bersidang

-          Selepas penglihatan tentang binatang dan aktivitinya.
-          Daniel melihat satu Majlis pengadilan di Syurga (Dan.7:9, 10, 13, 14).
-          Takhta-takhta diletakkan & Yang Langut Usianya menduduki tempat duduknya.
-          1000 x beribu-ribu makhluk Syurgawi melayani Yang Lanjut Usianya.
-          Sidang pengadilan diduduki dan kitab-kitab dibuka.
-          Berlaku selepas tempoh 1,260 tahun tanduk kecil jalankan aktivitinya (538-1798 T.M).
-          Baca Daniel 7:13, 14, 21, 22,, 26, 27. (Pengadilan memberi manfaat kepada umat Tuhan.
-          Perjanjian Lama = Sidang penghakiman dari khemah suci dan kaabah.
-          Pengadilan alam semesta, kesan kepada tanduk kecil itu.
-          Orang kudus Yang Mahatinggi akhirnya menerima kerajaan tersebut.
-          Daniel 7 tidak menerang tentang pengadilan dan butiran tentang pembukaan & penutupannya.
-          Pengadilan akan berlaku  ketika serangan  tanduk kecil terhadap Tuhan dan umatNya.
-          Pengadilan merupakan pemulihan kaabah Syurgawi pada Hari Pendamaian Syurgawi sebelum kedatangan Kristus akan memihak kepada umat Tuhan (Dan. 7:22).
-          Lihat Roma 8:1



Rabu, 18 Februari 2020


Kedatangan Anak Manusia

-          Baca Daniel 7:13
-          Pertama: Anak Manusia sebagai individu Syurgawi, Dia punyai sifat-sifat manusia atau individu-ilahi.
-          Kedua: Anak Manusia dating dengan awan-awan Syurga, kedatangan Ke-2 dalam perjanjian baru. Daniel 7:13 (Bergerak secara mendaftar (horizontal) dari suatu tempat di langit ke satu tempat memperlihatkan diri di hadapan Yang Lanjut Usianya.
-          Ketiga: Penjelmaan Tuhan yang boleh dilihat bersama awan kemenyan, memasuki Tempat Yang Maha Suci pada hari Pendamaian pemulihan kaabah.
-          Anak Manusia itu juga tokoh diraja. Dia menerima “kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai raja” dan “orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa mengabdi kepadanya” (Dan. 7:14).
-          Mengabdi = menyembah, terdapat 9 kali di bab 1-7. (Dan.3:12,14,17,18,28; Dan.6:16,20; Dan.7:14,27).
-          Tanduk kecil merosakkan ibadah yang seharusnya diabdikan kepada Tuhan.
-          Pengadilan ditunjuk sebagai peribadahan yang benar akhirnya dipulih.
-          Sistem ibadah kepausan, elemen-elemen lain meletakkan manusia berdosa sebagai pengantara Tuhan dan manusia.
-          Hanya Anak Manusia yang mampu mewakili manusia sebagai pengantara di hadapan Tuhan.
-          “Kerana Tuhan esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Tuhan dan manusia, iaitu Kristus Yesus” (1 Tim. 2:5).


Khamis, 20 Februari 2020


Orang-orang Kudus milik Yang Mahatinggi

-          Umat Tuhan diserang oleh tanduk kecil, umat Tuhan berkeras tetap setia kepada Firman Tuhan. Dianiaya bertahun-tahun dalam kuasa paus dan zaman Empayar pagan Romawi (Binatang ke-4) dan bangkit selepas fasa Roma berakhir.
-          Kerajaan Tuhan akan mengantikan kerajaan-kerajaan dunia.
-          Jesus sendiri rujuk kembali Mazmur 110:1, Daniel 7:13,14.
-          “Akulah Dia, dan kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa dan dating di tengah-tengah awan-awan langit” (Mrk.14:62).
-          Yesus = Dia, mewakili kita dalam pengadilan Syurgawi.
-          Dia sudah mengalahkan kegelapan dan berkongsi kemenanganNya dengan mereka yang dating dekat kepadaNya.
-          Jangan sesekali kita takut.  Tiada kuasa yang ada di dunia dapat memisahkan kita dari kasih Tuhan, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. (Rom.8:37-28.

-Tamat- 


                                                                                   
 
 

No comments:

Post a Comment