Friday, February 28, 2020

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-9, 22-28 Februari 2020

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-9, 22-28 Februari 2020

Daripada Kecemaran kepada Kemurnian


Petang Sabat
Baca pelajaran minggu ini: Dan.8, Dan.2:38, Kej. 11:4, Im.16, Ibr. 9:23-28
Ayat Hafalan: “Maka ia menjawab: ‘Sampai lewat dua ribu tiga ratus petang dan pagi; lalu tempat kudus itu akan dipulihkan dalam keadaan yang wajar’ “(Daniel 8:14).
-          Penglihatan Daniel 8 berlaku pada 548/547 S.M.  memberi pengadilan yang jelas tentang pengadilan di dalam Daniel 7.
-          Daniel 8 mengabaikan Babilon dan memulakan dengan Media-Persia.
-          Babilon merosot dan Persia dalam proses pengantian Babilon sebagai kuasa dunia seterusnya.
-          Perubahan bahasa dan simbol-simbol untuk membawa penumpuan jelas kepada pemulihan kaabah Syurgawi sehubungan dengan hari Pendamaian Syurgawi.
-          Tumpuan kepada aspek-aspek tempat kudus di Syurga.
-          Daniel 7 tunjuk pengadilan Syurgawi dan Anak Manusia yang menerima kerajaan.
-          Daniel 8 memperlihat pemurnian tempat kudus Syurga dalam Daniel 8 selaras dengan gambaran Daniel 7.

Ahad, 23 Februari 2020

Domba Jantan dan Kambing Jantan

-          Baca Daniel 8
-          Sama di Daniel 2 & 7, kita diberi penglihatan tentang kebangkitan dan kejatuhan empayar dunia dengan simbolik yang berlainan.
-          Simbol seekor domba dan kambing diguna dalam upaca Hari Pendamaian di kaabah zaman Israel purba.
-          Daniel melihat seekor domba jantan menanduk ke barat, ke utara dan ke selatan (Dan.8:4) sebagai pengembangan kuasa dengan 3 penalukan besar oleh kuasa dunia ini.
-          “Tidak ada seekor binatang pun yang dapat tahan menghadapi dia, tidak ada yang dapat membebaskan dari kuasanya; ia berbuat sekehendak hatinya dan membesarkan diri” Dan.8:4
-          Domba jantan punyai dua tanduk mewakili Empayar Media-Persa (Dan.8:20)
-          Seekor kambing jantan dengan tanduk yang besar mewakili Empayar Yunani di bawah pimpinan Alexander Agung (Dan.8:21)
-          Kambing jantan bergerak “tanpa menginjak tanah” (Dan.8:5), bergerak dengan pantas (Penakluk yang begitu cepat)
-          Pada ketika kambing jantan itu sampai pada puncak kuasanya, patahlah tanduk yang besar itu” Dan 8:8.
-          Memberi laluan kepada empat tanduk, yang tumbuh sejajar dengan keempat mata angin kompas.
-          Digenapi apabila Alexander meninggal dunia di Babilon pada bulan Jun 323 S.M.
-          Kerajaannya dibahagi-bahagikan di antara empat jeneralnya.


Isnin, 24 Februari 2020


Kebangkitan Tanduk Kecil

-          Baca Daniel 8:8-12
-          4 tanduk mengarah ke 4 mata angin di langit.
-          Dari ke empat-empat tanduk muncul 1 tanduk kecil, yang mewakili 4 jeneral Alexander.
-          Kuasa ini bangun selepas Empayar Yunani dan 4 keturunannya.
-          Tanduk kecil = Rom pagan pertama(menyerang orang-orang Yahudi & orang Kristian awal) dan seterusnya kuasa kepausan.
-          Berterusan sehingga zaman kita sekarang dan masa hadapan.
-          Bergerak mendatar ke arah selatan, timur dan ke arah Tanah Permai. Baca Daniel 8:9
-          Tanduk kecil jadi watak utama dalam penglihatan.
-          Punyai kait rapat dengan tanduk kecil dalam Daniel 7.
-          Perbandingan tanduk kecil:
·         Pertama (1): Kedua-duanya kecil pada mulanya. (Dan.7:8, Dan. 8:9)
·         Kedua (2): Kedua-duanya menjadi besar kemudiannya. (Dan. 7:20, Dan. 8:9)
·         Ketiga (3): Kedua-duanya merupakan kuasa yang menganiaya. (Dan. 7:21, 25; Dan. 8:10, 24)
·         Keempat (4): Kedua-duanya memegahkan dan menyombongkan diri. (Dan. 7:8, 20, 25; Dan. 8:10, 11, 25.
·         Kelima (5): Sasaran kedua-duanya adalah umat Tuhan. (Dan. 7:25, Dan 4:24)
·         Keenam (6): Kedua-dua aspek kegiatan mereka dinyatakan dalam tempoh nubuatan. (Dan. 7:25; Dan. 8:13, 14)
·         Ketujuh (7): Kedua-duanya berterusan hingga ke akhir zaman. (Dan. 7:25,26; Dan. 8:17, 19)
·         Kelapan(8): Kedua-duanya menghadapi kehancuran. (Dan. 7:11, 26; Dan. 8:25)
·         Tanduk kecil dalam Daniel 7 = kuasa paus dan berkembang ke Daniel 8
·         Daniel 2 & 7, kuasa terakhir adalah Rom (Pagan & kepausan).
 
Selasa, 25 Februari 2020


Serangan Terhadap Bait Suci

-          Baca Daniel 8:10-12
-          “Kota” dan “langit” = Umat Tuhan perjanjian lama. Israel sebagai askar Tuhan (Kel 12:41)
-          Gambaran Daniel umat Tuhan yang setia bersinar seperti cahaya cakrawala. Dan. 12:3
-          Penganiayan terhadap umat-umat Tuhan yang punyai “kewarganegaraan Syurga” (Flp. 3:20).
-          Kait rapat dengan Roma dan penganiayaan yang dilakukan sepanjang zaman.
-          Daniel 8:11 “Panglima”
-          Daniel 9:25 “seorang yang diurapi, seorang raja”
-          Daniel 10:21 “Mikhael, pemimpinmu”
-          Daniel 12:1 “Mikhael, pemimpin besar itu”
-          Yesus Kristus sebagai “pemimpin” dan Iman Besar di Syurga.
-          Kepausan & system agamanya cuba mengelirukan dan ganti tugas Yesus sebagai Iman.
-          Daniel 8:11 “korban persembahan sehari-hari”
-          Aspek pelbagai yang berterusan dalam upacara-upacara kebaktian (korban & perantaraan).
-          Orang berdosa diampuni dan dosa-dosanya ditangani di dalam khemah suci. (lambing pelayanan perantaraan di dalam kaabah Syurgawi.
-          Seperti ramalan: kuasa paus nganti tugas perantaraan Kristus dengan perantaraan oleh iman-iman.
-          Ibadah palsu tanduk kecil ambil alih tugas pelayanan perantaraan Kristus dan secara simbolik hempas kaabah Kristus.
-          Kebaktian sebagai gentian korban sehari-hari, kebenaran dihempasnya ke bumi, apa yang dibuat semuanya berhasil. Baca Dan. 8:12
-          Yesus sebagai kebenaran. Yoh.14:6
-          Tunjuk Fiman Tuhan sebagai kebenaran. Yoh. 17:17
-          Kuasa paus: larang terjemahan Alkitab kepada bahasa rakyat, terjemahan Alkitab di bawah kuasa gereja, letak tradisi seiring dengan Alkitab, dalam teori & dalam amalan tradisi diletakkan di atas Alkitab sebagai peraturan tertinggi iman.


Rabu, 26 Februari 2020


Pemulihan Kaabah

-          Baca Daniel 8:14
-          Selepas serangan tanduk yang dahsyat, diumumkan pemulihan kaabah.
-          Pemulihan tempat kudus dlm Dan.8:14 sebagai pengadilan dalam Daniel 7:9-14.
-          Pengadilan di Syurga dan lokasi kaabah juga di Syurga.
-          Daniel 7: Gambaran campuran tangan Tuhan demi kehakiman.
-          Daniel 8: Peristiwa sama dari sudut pandangan tempat kudus.
-          Kaabah suci duniawi dibina seperti kaabah di Syurga untuk tujuan keselamatan yang luas.
-          Setiap hari, orangorang berdosa bawa korban persembahan mereka ke tempat suci untuk pengampunan dosa yang diakui.
-          Dosa-dosa dipindah ke tempat kudus, akibatnya tempat suci itu dicemari.
-          Proses penyucian berkala perlu dilakukan untuk membersihkan tempat kudus dari dosa-dosa yang direkodkan di dalamnya pada Hari Pendamaian (sekali setahun). Lihat Imamat 16
-          Dosa-dosa orang yang menerima Yesus telah “dipindahkan” ke kaabah Syurga, sama seperti dosa-dosa bangsa Israel yang bertobat dipindahkan ke kaabah duniawi.
-          Binatang disembelih pada Hari Pedamaian di bumi, serupa lambang kematianYesus di kayu salib.
-          Hanya darah Yesus yang menyelamatkan kita pada hari pengadilan.
-          Pemulihan Kaabah Daniel 8:14 adalah upacara Syurgawi yang sama gandingan upacara di bumi.
-          Keselamatan kita melalui pengorbanan Yesus. Sila baca Ibrani 9:23-28.


Khamis, 27 Februari 2020


Jadual Nubuatan

-          Baca Daniel 8:13
-          Daniel diperlihat: Seekor domba jantan dan seekor kambing jantan
-          Diikuti perbuatan-perbuatan dan kehancuran yang dilakukan tanduk kecil itu.
-          Wujud satu persoalan mengenai kejadian pada akhir tempoh nubuatan serta tempoh keseluruhan penglihatan itu.
-          Meliputi semua bermula dari domba jantan sehingga kepada tindakan tanduk kecil itu.
-          Tempoh masa sebenar penglihatan adalah tempoh sejarah yang sebenar.
-          Domba Jantan (Media Persia), Kambing Jantan (Yunani), tanduk kecil serta tindakan-tindakannya (Rom pagan & kepausan). Ribuan tahun lamanya.
-          Sila baca Dan. 8:14
-          Prinsip sehari-setahun (bermaksud 2,300 malam & pagi = 2,300 tahun)
-          Baca Daniel 9 untuk informasi yang sangat penting.
-          Perbandingan umur hayat hidup kita dengan nubuatan tersebut membantu kita untuk bersabar dalam penantian peristiwa-peristiwa akhir zaman nanti.


-Tamat-