Friday, November 29, 2019

Ringkasan Sekolah Sabat 9, 23-29 November 2019

RINGKASAN PELAJARAN 9, 23-29 November 2019

Pencubaan, Kesukaran dan Jadual


PETANG SABAT
Ayat Hafalan: “Menggabungkan diri dengan saudara-saudara mereka, yakni pemuka-pemuka mereka itu. Mereka bersumpah kutuk untuk hidup menurut hukum Allah yang diberikan dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk tetap mengikuti dan melakukan segala perintah TUHAN, yakni Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya” (Nehemia 10:29).
-          Tuhan Alkitabiah adalah Tuhan yang berperincian.
-          Tuhan tidak pernah melupakan kita.
-          Tuhan mengetahui segala hal tentang keluarga kita  dan perkara yg org lain anggap “tidak penting”.
-          Jesus katakana Tuhan menghitung burung pipit dan rambut kita.
-          Jangan Takut kerana kita lebih berharga dari burung pipit Lukas 12:6,7
-          Tuhan itu peduli serta prihatin terhadap kita, dan mengetahui punca masalah yg berlaku.
-          Kita harus yakin, percaya dan pasti bahawa Tuhan peduli setiap hal dlm kehidupan kita.
-          Kita juga harus tahu dan ambil peduli setiap hal dalam kehidupan kita.


 AHAD, 24 November 2018
Tuhan Dalam Sejarah
Sila baca Ezra 1:9-11 dan Daniel 1:1,2
-          Perincian yg diberikan dlm Ezra
-          Dlm Daniel gambaran besar itu dibentangkan, Tuhan sedang mengawal
-          Setiap bangsa dan individu, Tuhan telah menetapkan satu tempat dalam rencanaNya yang besar.
-          Semua kita sedang diuji dan mempunyai pilihan utk bersama Tuhan dalam rencana penyelamatan Nya.
-          Sila baca Daniel 5
-          Babilon jatuh pada Oktober, 539 S.M. ditakluki oleh Koresh raja tentera Media-Persia.
-          Belsyazar – Kepalsuan bergantung kepada kejayaan, kemewahan, dan kemasyhuran dan sombong sehingga membawa kematiannya.
-          Apabila kita hilang kesedaran terhadap kesucian Tuhan dan kehadiran-Nya di dalam hidup kita maka kita akan melangkah di dalam laluan ditemani dengan komplikasi, masalah dan trategi yg akhirnya berkesudahan dalam kematian.
-          Kita harus merendahkan diri di hadapan Tuhan.


ISNIN, 25 November 2019
Di Dalam Kota Mereka
Sila lihat di dalam Ezra 2 dan Nehemia 7
-          Ezra 2 : Senarai mereka yg kembali dari pembuangan di babilon bersama Zerubabel dan Yosua (Keperihatinan Tuhan terhadap kita)
-          Semua generasi pertama iaitu generasi Ezra – Nehemia, mennyumbang kepada pencapaian yg besar.
-          Kepimpinan Ezra dan Nehemia dihargai
-          Umat itu juga telah melaksanakan tugas mereka.
-          Bait Suci kedua dibangunkan semula, Yerusalem direkabentuk semula dan megahnya.
-          Sila baca Nehemia 7:73
-          Kejayaan umat Israel adalah kerana menurut rencana dan janji-janji Tuhan.


SELASA, 26 November 2019
Di Manakah Para Imam?
-          Kembalinya bangsa Yahudi / orang Israel dari babilon merupakan pengenapan nubuatan yang menakjubkan.
-          Sila baca Ezra 8:1-15, kebimbangan mendirikan semula bansa Israel
-          Tidak semua orang Yahudi dan orang Lewi ingin kembali ke tanah air mereka.
-          Ramai antara mereka dibesarkan di Babilon.
-          Perjalanan yang jauh dan membahayakan serta tidak pernah kenali.
-          Orang Yahudi sudah tinggal selama satu setengah abad di Babilon.
-          Terdapat juga golongan orang kaya Yahudi di wilayah Mesopotamia pada Zaman pemerintahan Artahsasta I.
-          Kelompok kecil yang kembali mengetahui kehidupan yang sukar sebagai perintis di tanah air mereka.
-          Ezra Berjaya memujuk hampir 2000 keluarga berserta saudara-mara mereka kembali ke tanah air mereka dahulu.


RABU, 27 November 2019
Direndahkan Diri Di Hadapan Tuhan
-          Sila baca Ulangan 30:1-6, Janji yang diberikan kepada bansa Ibrani, makna janji, janji-janji lain dan kepada mereka seperti Ezra dan Nehemia.
-          Ezra dan Nehemia mengetahui nubuatan (Kembali ke tanah air asal mereka)
-          Nehemia 9; memahami sejarah dan punca masalah mereka. Mereka tahu mengenai kemurahan Tuhan dan pimpinan Tuhan di sebalik dosa mereka.
-          Mereka percaya kepada Tuhan dan membolehkan umatnya pulang ke tanah air asal mareka.
-          Mereka tetap berhadapan banyak cabaran sepanjang perjalanan mereka walaupun adanya janji-janji Tuhan.
-          Sila baca Ezra 8: 16-23, mengenai cabaran dan penyelesaiannya.
-          Puasa dan merendahkan diri di hadapan Tuhan adalah cara mengakui betapa mereka sangat bergantung kepada Tuhan atas kejayaan mereka.
-          Idea bantuan dan perlindungan daripada raja terfikir oleh Ezra tetapi akhirnya tidak berbuat demikian.
-          Nehemia mempunyai pengiring melindunginya.
-          Ezra merasakan meminta dengan raja, maka itu dianggap suatu yg tidak menghormati Tuhan.
-          Baca Ezra 8:22, 31.
-          Tuhan melindungi umatnya dan sampai ke destinasi mereka dengan selamat.


KHAMIS, 28 November 2019
Di Dalam Kota Suci
Sila baca Nehemia 11:1, 2
-          Keperluan mendapat beberapa penghuni baru  bagi Yerusalem dari kalangan  mereka yang baru tiba dari Babilon.
-          Mudah tinggal di desa daripada di Bandar.
-          Berpindah ke persekitaran yang baru yg tidak diketahui selalu adalah sukar.
-          Misi ke kota atau desa yang baharu di mana Injil perlu dikhabarkan.
-          Memerlukan satu persediaan berhadapan dengan pengalaman dan kesukaran yang baharu.
-          Pemimpin terkemuka tidak terjaga kepada pekerjaan yg mesti diselesaikan.
-          Terdapat beribu-ribu orang yang perlu diberi amaran tentang kedatangan Juruslamat.
-          Sila baca Nehemia 12:1-26, Nehemia 12:27-47
-          Orang yang berdedikasi dan ditahbiskan diperlukan sebelum perkara-perkara yang hebat dapat dilaksanakan.
-          Para keluarga imam membantu Nehemia membina tembok agar mereka dapat menyembah Tuhan yg hidup di dalam bait suci dengan selamat tanpa gangguan dari luar.
-          Tembok penting untuk keselamatan, tanpa imam yang setia, ibadah sejati akan beradadala bahaya.
-          Semua kita mempunyai fungsi tertentu dan peranan masing-masing untuk dilaksanakan.

-TAMAT- 


                                                                                   
 

Ringkasan Pelajaran Sabat 8, 16-22 November 2018


RINGKASAN SEKOLAH SABAT  8
PELAJARAN 8, 16-22 NOVEMBER 2018

TUHAN DAN PERJANJIAN
PETANG SABAT
Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Neh. 101-29, Kej. 4:8-19, Ibr. 13:20, Yosua 24, Neh. 10:30-39, Ibr. 8:1-7.
Ayat Hafalan: “Berdasarkan semuanya ini kami mengikat perjanjian yang teguh yang kami catat dengan dibubuhi meterai para pemimpin kami, orang-orang Lewi kami dan para imam kami.’…Kami tidak akan membiarkan rumah Allah kami”. (Nehemia 9:38; 10:39)
-          Perjanjian = Satu penetapan persehubungan di sisi undang-undang di antara Tuhan dan umatnya.
-          Tuhan berkata. “Kamu adalah umat-Ku, dan Aku adalah Tuhanmu.”
-          Perjanjian bertulis zaman dahulu, ianya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
-          Perjanjian Tuhan berbeza kerana Tuhan tidak mendapat apa-apa namun Dia berjanji  utk setia walaupun umat tidak setia.
-          Berkat dan kutukan yg mengiringi perjanjian itu membolehkan umat Israel sedar akan perkara buruk yang hasil daripada melanggar perjanjian itu.
-          Nehemia 10, perjanjian diperbaharui oleh Israel dengan Tuhan.
-          Sejarah dan kepentingan pada perjanjian di dalam Alkitab.

AHAD, 17 November
Idea Mengenai Perjanjian
Sila Baca Nehemia 10:1-29 dan bezakan  dengan Nehemia 9:36-38
-          Pemimpin  termasuk semua orang-orang lain turut tergolong dlm perjanjian.
-          “Bersumpah kutuk untuk hidup menurut Hukum Tuhan” Nehemia 10:28,29.
-          Perjanjian penting untuk Tuhan menangani umat manusia yg berdosa.
-          Perjanjian membolehkan Tuhan berhubung dengan manusia secara berdedikasi.
-          Dosa memutuskan hubungan Tuhan dengan manusia.
-          Tuhan Mengutus Yesus sebagai penyelamat menusia.
-          Perjanjian Nabi Nuh dengan Tuhan dalam Kejadian 6:11-13.

ISNIN, 18 November
Perjanjian Di Dalam Sejarah
Tujuh perjanjian dengan manusia di dalam Alkitab
1.       Perjanjian Pertama – Adam (Kejadian 1-3)
2.       Perjanjian Kedua – Nuh (Kejadian 6-9)
3.       Perjanjian Ketiga – Abraham (Kejadian 12:1-3)
4.       Perjanjian Keempat – Musa dan bangsa Israel (Perjanjian Sinai atau Musa; Keluaran 19-24)
5.       Perjanjian Kelima – Pinehas (Bil. 25:10-13)
6.       Perjanjian Keenam - Daud (2 sam. 7:5-16)
7.       Perjanjian Ketujuh – Perjanjian Baharu (Yer.31:31-34)
Perjanjian yang kekal, sila rujuk Kej. 9:16, 17:7, Yes.55:3, Ibr.13:20.
-          Perjanjian yg kekal – 13 kali perjanjian dengan Abraham, Israel di Sinai dan Daud.
-          Pertama kali – Kejadian 3:15
-          Kompenan yg sama dlm perjanjian baru dan lama – Penyucian  (Yer.31:33; banding dgn Ibrani 8:10), Pendamaian (Yer.31:33; Ibr.8:10), Misi (Yer.31:34; Ibr.8:11), Pembenaran (Yer. 31:34; Ibr.8:12).

SELASA, 19 November
Struktur Perjanjian
Perjanjian Zaman Israel Purba
-          Mukadimah (siapa Tuhan) Ula 1:1-5
-          Prolog sejarah (hubungan masa lalu ditetapkan Ula 1:6-4:43
-          Ketepatan atau undang-undang Ula 4:44 – 26:19
-          Berkat dan kutukan Ula 27-30
-          Para Saksi Ula 30:19
-          Peruntukan Khas Ula 31:9-13
-          Yosua 24 – Corak perjanjian
-          “Tuhan, TUHAN Israel Yos. 24:2
-          Tuhan lakukan utk mereka  Yos.24:2-13
-          Undang2 ditentukan Yos 24:14,15,23
-          Berkat dan kutuk  Yos.24:19,20
-          Para Saksi dikenal pasti  Yosua 24:22,27
-          Peruntukan Khusus dinyatakan Yos.24:25,26
-          Yosua 24:15 – Gunapakai Prinsip

RABU, 20 November
Ikrar
Nehemia 10:30 – 39
-          Tiada perkahwinan campur
-          Pemeliharaan Sabat yang sejati
-          Pelupusan Hutang dan pemeliharaan tahun Sabat utk jaga org miskin
-          Menyokong melalui kewangan ucapara bait suci
-          Peraturan bait suci Nehemia 10:32-39

KHAMIS, 21 November
Bait Suci
-          Sila baca di Nehemia 10:32-39, Ibr. 8:1-7
-          Bangsa Israel menjaga rumah Tuhan

-TAMAT-