Friday, November 1, 2019

Ringkasan Pelajaran Ke-5 Melanggar Semangat Pada Hukum



Pelajaran 5, 26 Oktober – 1 November 2019
Melanggar Semangat Pada Hukum

Petang Sabat 

Ayat Hafalan: “Biarlah kamu kembalikan kepada mereka hari ini juga lading mereka, kebun anggur, kebun zaitun dan rumah mereka, pula hapuskanlah hutang mereka, yakni uang serta gandum, anggur dan minyak yang kamu tagih dari pada mereka” (Nehemia 5:11)

-        Jurang orang kaya dan orang miskin
-        Kitab Suci menggesa kita utk membantu orang yg susah
-        Terdapat orang kaya menindas orang miskin  berlaku di Jerusalem dulu dan sekarang.
-        Bagaimana Nehemia bekerja untuk menangganinya.
-        Kita perlu berhati-hati utk tidak membiarkan undang-undang dan peraturan menjadi tali pengukur yang muktamad.
-        Kita harus memantulkan sikat Yesus. “Yesus menyatakan orangx2 miskin selalu ada padamu” (Matt 26:11).

Ahad  - 27 Oktober

Keluhan Umat

-          Baca Nehemia 5: 1 – 5
-          Masyarakat Yahudi bersatu di bawah pimpinan Nehemia
-          Terdapat penganiayaan dan masyarakat berpecah secara dalaman
-          Para pemimpin dan golongan kaya telah mengekploitasikan golongan miskin dan kurang mampu.
-          Kaum keluarga berseru minta bantuan kerana tidak mempunyai makanan kepada kanak-kanak mereka.
-          Mereka terpaksa gadai harta sehingga tidak punyai apa-apa.
-          Terpaksa meminjam yang utk bayar cukai kerajaan Persia
-          Malahan anak-anak mereka dijadikan hamba abdi.
-          Penyebab utama ialah kebuluran dan pembayaran cukai 350 talenta perak setahun.
-          Terpaksa berkhidmat kepada pemiutang /pemberi hutang utk selesaikan hutang
-          Dasar kerajaan akan merugikan rakyat, menuntun kepada kemiskinan yg semakin bertambah buruk.

Isnin  - 28 Oktober

Melanggar Semangat Pada Hukum

-          Baca Nehemia 5: 6-8
-          Tuhan memberi kebebasan kepada umatnya. Menuntut agar si pemiutang membebaskan hamba abdi mereka pada setiap 7 tahun
-          Pinjaman dibenarkan oleh undang-undang tetapi mengenakan faedah tidak dibenarkan.
-          Terdapar riba dan faedah lihat keluaran 22:25-27;  Im 25:36; Ul 23:19,20
-          Cukai di Mesopotamia abad ke-7: 50 peratus utk perak, 100 peratus utk bijirin pada setiap taun, 1 peratus  dari pinjaman setiap bulan / 12 peratus setahun.
-          Firman Tuhan, satu-satunya kesalahan oleh pemiutang dengan mengenakan faedah (Neh 5:10)
-          Nehemia menangani masalah ini dengan tegas.
-          Semangat kepada hukum itu sendiri terutama dalam kesusahan rakyat harus saling bantu-membantu.
-          Mikha 6:8

Selasa  - 29 Oktober

Nehemia Bertindak

-          Masing-masing kamu telah makan riba dari saudara-saudaramu”  Neh 5:7
-          Nehemia telah menasihat para bangsawan dan pihak berkuasa tetapi tidak Berjaya
-          Nehemia tidak berputus-asa dan memangil semua org Israel berkumpul  bersama untuk menangani perkara ini agar para pemimpin malu dan takut meneruskan penindasan.
-          Takut akan Tuhan utk menghindarkan diri dari celaan bangsa2 lain (Nehemia 5:9)
-          Dengan mengistiharkan “ Biarlah kita hapuskan hutang mereka itu” (Neh 5 :10)
-          Untuk orang Israel dan orang Ibrani.
-          Para pemimpin bersetuju utk memulihan segalanya kepada umat apa yg menjadi milik mereka.

Rabu  - 30 Oktober

Satu Sumpah

-          Nehemia melafazkan satu kutukan terhadap mereka yg tidak melakukan (Neh 5:12,13)
-          Nehemia tidak puas hati dengar sekadar kata-kata
-          Nehemia perlu bukti yang kukuh, dia membuat mereka bersumpah di hadapan para imam.
-          Perbuatan simbolik dgn mengumpul pakaiannya seolah-olah memegang sesuatu di dlmnya dan mengoncangkansebagai tanda dia sudah kehilanggannya.
-          Agar mereka yg melanggar sumpah ini akan kehilangga segala-galanya.
-          Perbuatan kita haruslah sepadan dengan kata-kata yang kita ungkapkan.

Khamis  - 31 Oktober

Teladan Nehemia

-         Alasan yang Nehemia berikan utk menuntut bayaran sebagai “gabenor” (Nehemia 5:18)
-          12 Tahun sebagai Gabenor di Yehuda.
-          Nehemia tidak pernah menuntut bayaran  daripada rakyat, tetapi membiayai sara hidupnya sendiri.
-          Beliau juga menyediakan nafkah utk keluarganya serta seluruh keperluan di kediamannya.
-          Dapat meyediakan makanan harian utk orang ramai dan murah hati dengan berikan bekalan yang banyak kepada orang lain. Neh 5:17,18
-          Nehemia adalah satu contoh mengenai seorang yang meletakkan Tuhan dan pekerjaan Tuhan terlebih dahulu sebelum dirinya sendiri.
-          Prinsip tidak mementingkan diri sendiri. Filipi 2:3-8


                                                                                   
 

No comments:

Post a Comment