Friday, January 24, 2020

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke 4, 18-24 Januari 2020


Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-4, 18-24 Januari 2020

Dari Perapian Ke Istana

Petang Sabat
Baca Untuk Pelajaran Minggu Ini: Da.3, Why.13:11-18, Kel. 20:3-6, Bil. 6:6, 1 Kor. 15:12-26, Ibr. 11.
Ayat Hafalan: “Jika Tuhan yang kami puja sanggup melepaskan kami, maka Ia akan melepaskan kami dari perapian yang menyala-nyala itu, dan dari dalam tanganmu, ya raja” (Daniel 3:17).
-          Roh Kudus pada pemuda-pemuda Ibrani
-          Dia (Yesus) yang mereka sembah adalah Tuhan yang benar dan hidup.
-          Iman mereka adalah prinsip yang nyata sebagai saksi kepada para penyembah bahala bahawa akan kuasa Tuhan yang sebenar.
-          Kesan langsung dan penting kepada pengalaman kita di zaman akhir ini.
-          Pengertian Isu-isu menurut Kitab Suci perkara yang akan berlaku kepada yang setia kepada Tuhan.


Ahad – 19 January 2020
Patung Emas (Lambang Kesombongan Raja Babel)
Baca Daniel 3:1-7
-          Raja membina patung emas selepas mimpi itu.
-          Raja tidak berpuas hati serta sombong dengan mimpi tersebut bahawa akan ada kerajaan lain menakluki Babilon klak.
-          Keangkuhan Raja dan Jurubina membangunankan Kota Babel.
-          Tidak dapat menerima hakikat akan kejatuhan Kota Babel.
-          Raja Nebukadnezar juga telah melihat mukjizat-mukjizat yang Tuhan beri ke atas Daniel dan 3 rakannya tetapi masih lagi menyembah bahala.
-          Kesedaran akan segala sesuatu serta berkat yangTuhan berikan dalam kehidupan kita.
-           Jangan kita menjadi sombong dan leka sehingga lupa wujubnya Tuhan dalam hidup kita.


Isnin – 20 January 2020
Panggilan untuk Beribadah
Baca Daniel 3:8-15
-          Patung emas terletak di dataran Dura di tempat berdinding, mempunyai tempat perapian, Muzik Babilon (7 jenis alat muzik) serta protocol penyembahan.
-          Kita juga diserang oleh pelbagai gaya hidup baru yang melalaikan tanggungjawab kita dengan Tuhan.
-          Kesetiaan mutlak kita adalah milik Pencipta Tuhan.
-          Kita hidup dalam hari-hari akhir zaman sejarah dunia.
-          Baca Wahyu 13.
-          Nombor binatang itu ialah “666”.
-          Kita haruslah berwaspada dan taat setia kepada Tuhan.


Selasa – 21 January 2020
Ujian Api (Percubaan Iman 3 rakan Daniel)
-          Baca Keluaran 20:3-6 dan Bilangan 6:4
-          Sadrakh, Mesakh dan Abednego berani mengikari perintah raja Babel utk tidak menyembah patung emas.
-          Dihadapkan di hadapan raja sekali lagi dan ternyata mereka tetap dengan pendirian mereka.
-          Mereka dicampak ke dalam perabian yang luar biasa.
-          Ucapan sombong raja Babel di Dan.3:15 (Dan dewa manakah yang dapat melepaskan kamu dalam tanganku?).
-          Keberanian mereka monolak dan berpegang teguh kepada Iman, Baca juga di Daniel 3:37-18.
-          Kita juga harus mempunyai Iman yang teguh dalam kehidupan kita.


Rabu – 22 January 2020
Orang Yang Keempat (Yesus)
-          Baca Daniel 3:19-27
-          Raja Nebukadnezar hairan melihat kehadiran orang keempat di dalam perapian itu.
-          Raja mengenal orang itu sebagai “anak dewa” (Dan. 3:25).
-          Pernah muncul di hadapan Abraham sebelum kemusnahan Sadom dan Gomorah.
-          Beliau pernah bergelut dengan Yakub di tepi Sungai Yabuk.
-          Pernah juga menunjukkan diri kepada Musa di dalam semak terbakar.
-          Jesus berserta 3 rakan Daniel di dalam perapian itu.
-          Baca juga dalam Yesaya 43:2.
-          Tidak kira apapun kehidupan kita, samaada senang ataupun susah kita harus setia.


Khamis – 23 January 2020
Rahsia Iman Sedemikian Rupa (Keteguhan Iman Kita)
-          Ibrani 11
-          Kita perlu memahami apa iman itu.
-          Iman Sejati seperti Daniel dan 3 rakannya.
-          Perhubungan Kualiti kita dengan Tuhan dan Keyakinan Penuh di dalam Tuhan.
-          Tetap setia dan percaya kepada Tuhan.
-          Membuat keputusan untuk melakukan perkara yang benar
-          Melatih Iman kita dalam semua perkara walaupun “perkara kecil”.

-Tamat-


                                                                                   
 

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke 3, 11-17 Januari 2020


Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-3, 11-17 Januari 2020

Dari Misteri Kepada Pengungkapan

Petang Sabat

Baca Untuk Pelajaran Minggu Ini: Dan. 2:1-16, Kis. 17:28, Dan. 2:7-49, Mzm. 138, Yoh. 15:5, Bil. 32:4, 1 Ptr. 2:4.
Ayat Hafalan: “Berkatalah Daniel: “Terpujilah nama Tuhan dari selama-lamanya sampai selama-lamanya, sebab dari pada Dialah hikmat dan Kekuatan’” (Daniel 2:20).
-          Kebangkitan dan kejatuhan bangsa-bangsa pada sepanjang sejarah serupa kisah angin pada permukaan air dan arus laut.
-          Kehendak manusia seperti angin, berubah-ubah dan tidak dapat diramal.
-          Tiupan angin dan rebut seperti arus lautan yang merupakan kuasa pergerakkan kebijaksanaan Tuhan.
-          Tuhan tidak pernah mengenal gesa atau kelambatan.
-          Tuhan yang di Syurgalah yang mempengaruhi sejarah manusia kepada kemuncak keagungannya.

Ahad – 12 Januari 2020

Kebesaran Tuhan 

Baca Daniel 2:1-16. Mengenai krisis dari mimpi yang Tuhan berikan kepada raja Babel.
-          Mimpi dianggap amat serius dalam dunia kuno.
-          Raja Nebukadnezar sangant cemas tentang mimpi yang beliau tidak dapat ingati.
-          Ahli-ahli mimpi tidak dapat  memberitahu raja apa mimpinya. (Dan. 2:11)
-          Raja rasa hampa, memerintah agar membunuh semua orang bijak pandai di Babilon termasuk Daniel dan 3 rakannya yang baru saja selesai latihan mereka di Universiti Babilon.
-          Daniel dengan “cerdik dan bijaksana” (Dan. 2:14) mendekati Ariokh pemimpin pengawal raja.
-          Daniel memohon masa dari raja agar dapat menyelesaikan mimpi misteri itu.
-          Tidak ada seorang pun manusia boleh menyelesaikan misteri serupa itu.
-          Hanya Tuhan yang mampu mengungkapkan kandungan mimpi itu dan maksudnya.

Isnin – 13 Januari 2020

Doa

Baca Daniel 2:17-23 Doa yang dilayangkan
-          Doa permohonan Daniel meminta Tuhan mengungkapkan kandungan dan maksud mimpi tersebut. (Dan. 2:17-19)
-          Tuhan menjawab permohonan mereka memalui doa yang penuh kesyukuran dan pujian.
-          Tuhan merupakan sumber hikmat, mengawal alam dan sejarah politik.
-          Dalam doa kita harus percaya, setiasa memuji dan bersykur kepadaNya.

Selasa – 14 Januari 2020

Patung Bahagian 1 

-          Baca Daniel 2:24:30, Yohanes 15:5 (Perkara Penting Yang Kita Ingat)
-          Tuhan mengungkapkan kandungan mimpi itu serta maksudnya.
-          Daniel memberitahu raja dan bersaksi akan kuasa “Tuhan di Syurga”.
-          Krisis kerana mimpi bukan berita yang baik untuk raja.
-          Baca Dan. 2:31-49  Mimpi tentang nasib raja Nebukadnezar.
-          Mimpi = Sebuah patung besar, kepalanya dari emas tua, dada & lenggannya dari perak, perut & pinggangnya dari tembaga, paha dari besi, kaki dari besi dan tanah liat (Dan. 2:34), sebuah batu menimpa patung itu tepat pada kakinya (Dan. 2:34) dan semua struktur itu remuk dan bertaburan seperti sekam ditiup angina.
-          Pelbagai besi itu lambang pelbagai kerajaanX2 seterusnya.
-          Sehinggalah kerajaan kekal dan beza sifatnya: Kerajaan Tuhan yang kekal dan bertahan selama-lamanya.



                                                                                   
 

Friday, January 10, 2020

Ringkasan Sekolah Sabat 2, 5 - 9 Januari 2020


RINGKASAN PELAJARAN SABAT – PELAJARAN KE-2




SABAT PETANG

Baca untuk Pelajaran Minggu ini: 2 Raja-raja 21:10-16; Daniel 1; Galatia 2:19,20 ; Mat. 16:24-26; 2 Kor 4:17; Yak. 1: 5.
Ayat Hafalan: “Kepada keempat orang itu Tuhan memberikan pengetahuan dan kepandaian tentang berbagai-bagai tulisan dan hikmat, sedang Daniel juga mempunyai pengertian tentang berbagai-bagai penglihatan dan mimpi” (Daniel 1:17).
-          Alkitab menyatakan kejatuhan manusia disebabkan dosa bermula dari Kejadian 3
-          Akibat Dosa yang menyedihkan
-          Kes-kes orang yang “Setia” yang amat besar kepada Tuhan.
-          Daniel dan 3 org sahabatnya, yang setia, walaupun mereka diberikan kelebihan  oleh Raja Babilon
-          Tuhan yang telah memimpin dan menopong mereka.
-          Menjadi setia sudah cukup mencabar di tanah dan tempat sendiri, apatah lagi jika dihadapkan dengan tekanan budaya dan agam negeri asing (seperti :Babilon)
-          Juga seperti Paulus yang berwatak protagonist, yang berhadapan dengan cabaran.
-          Mereka “ Tahu kepada siapa (mereka) percaya” (2 Tim. 1:12), dan dalam Dia mereka percaya.

Ahad, 5 Januari, Kedaulatan Tuhan

-          Yehuda (Raja Yoyakim) menyerah kalah kepada Babilon (Raja Nebukadnezar).
-          Perkakas-perkakas kaabah telah diambil dari Yerusalem dan dibawa ke Shinar
-          Shinar merupakan petanda buruk kerana projek yang berakar umbikan penentangan terbuka terhadap Tuhan.
-          Jurubina Babel gagal dalam usaha membina kota mencapai langit, tetapi Raja Raja Nebukadnezar dan tuhan-tuhannya telah mengalahkan perjanjian Tuhan bansa Israel.
-          Kejadian 11:2 menyatakan mengenai lokasi menara Babel dibina.
-          Daniel menyatakan bahawa kekalahan Yerusalem bukan disebabkan kuasa unggul raja Babilon tetapi kerana kehendak Tuhan. Dan 1:2
-          Umatnya yang telah melupakan Dia dan melanggar perjanjian (Orang Israel)
-          Kedaulatan Tuhan yang menopang Daniel dan rakan-rakannya menjadi kuat dan berani mengharungi godaan dan tekanan kerajaan Babilon.
-          Tuhan menyerahkan Yehuda dan Yerusalem kepada orang Babilon. Baca di 2 Raja-raja 21:10-16; 2Raja-raja 24:18-20, dan Yeremia 3:13
-          Tuhan juga akan membantu umatnya yang setia pada masa sekarang dan juga pada zaman akhir.


Isnin, 6 Januari, Iman di bawah Tekanan

-          Baca Daniel 1,
-          Daniel dan rakan-rakanya bersemuka cabaran iman dan kepercayaan yang serius.
-          Mengikuti Latihan Khas supaya melayani raja.
-          Nama mereka juga diubah: Daniel = Beltasasar, Hananiah = Sadrak, Misael = Mesak, Asariah = Abednego (Nama yg menghormati dewa-dewa Babilon)
-          Mereka juga harus belajar nilai-nilai dan budaya Babilon.
-          Makan daripada makanan raja yg telah dipersembahkan kepada dewa (arti keagamaan sebagai penerimaan, penyertaan dalam system ibadah raja Babilon).
-          Daniel dan rakan-rakannya tetap setia dalam banyak godaan dari kota yang besar dan termasyur pada masa itu.


Selasa, 7 Januari, Keputusan yang Tegas

-          Mereka masih lagi mengunakan nama Ibrani sesame mereka.
-          Mereka tidak memakan makanan dan minuman dari meja raja kerana: Pertama: Mungkin terdapat makanan yang tidak halal. Kedua: , Makanan tersebut telah dipersembahkan kepada dewa-dewa orang Babilon.
-          Daniel mencadangkan ujian – 10 hari memakan makanan yang telah dipilih, hasilnya positif walaupun jangka masa yang pendek melalui keyakinan kepada Tuhan, pilihan diet sayur-sayuran dan air menunjukkan kembali makanan awal umat manusia sewaktu penciptaan Kej 1:29.


Rabu, 8 Januari, Tidak Bercela dan Berkhikmat

-          Daniel dan rakan-raknanya dipilih kerana  “Tidak ada sesuatu cela” dan “berperawakan baik” (Dan 1:4)
-          Korban bakakran dan orang-orang yang melayani di tempat kudus juga “tidak bercela” (Im 22: 17-25, Im:21:16-24 ).
-          Raja Babel membandingkan dirinya dengan Tuhan Israel.
-          Baca Galatia 2:19,20; Matius 16:24-26; dan 2 Korintus 4:17 mengenai bagaimana kita boleh tetap setia dalam apa sahaja pencobaan-pencobaan yang kita hadapi.
-          Dalam cobaan 10 hari persebut, mereka lebih sihat, gemuk, lebih pandai dan berpengetahuan daripada pelajar-pelajar lain.
-          Begitu juga dalam hidup kita harus setia.


Khamis, 9 Januari, Ujian Akhir

-          Selepas tiga tahun latihan di Universiti Babilon, mereka telah lulus peperiksaan dan terus segera diambil utk berkhidmat di Istana raja.
-          Daniel 1 = 1) Tuhan mengawal sejarah, 2) Tuhan memberi hikmat 3) Tuhan menghargai orang yang percaya dan setia.