Friday, January 10, 2020

Ringkasan Sekolah Sabat 2, 5 - 9 Januari 2020


RINGKASAN PELAJARAN SABAT – PELAJARAN KE-2




SABAT PETANG

Baca untuk Pelajaran Minggu ini: 2 Raja-raja 21:10-16; Daniel 1; Galatia 2:19,20 ; Mat. 16:24-26; 2 Kor 4:17; Yak. 1: 5.
Ayat Hafalan: “Kepada keempat orang itu Tuhan memberikan pengetahuan dan kepandaian tentang berbagai-bagai tulisan dan hikmat, sedang Daniel juga mempunyai pengertian tentang berbagai-bagai penglihatan dan mimpi” (Daniel 1:17).
-          Alkitab menyatakan kejatuhan manusia disebabkan dosa bermula dari Kejadian 3
-          Akibat Dosa yang menyedihkan
-          Kes-kes orang yang “Setia” yang amat besar kepada Tuhan.
-          Daniel dan 3 org sahabatnya, yang setia, walaupun mereka diberikan kelebihan  oleh Raja Babilon
-          Tuhan yang telah memimpin dan menopong mereka.
-          Menjadi setia sudah cukup mencabar di tanah dan tempat sendiri, apatah lagi jika dihadapkan dengan tekanan budaya dan agam negeri asing (seperti :Babilon)
-          Juga seperti Paulus yang berwatak protagonist, yang berhadapan dengan cabaran.
-          Mereka “ Tahu kepada siapa (mereka) percaya” (2 Tim. 1:12), dan dalam Dia mereka percaya.

Ahad, 5 Januari, Kedaulatan Tuhan

-          Yehuda (Raja Yoyakim) menyerah kalah kepada Babilon (Raja Nebukadnezar).
-          Perkakas-perkakas kaabah telah diambil dari Yerusalem dan dibawa ke Shinar
-          Shinar merupakan petanda buruk kerana projek yang berakar umbikan penentangan terbuka terhadap Tuhan.
-          Jurubina Babel gagal dalam usaha membina kota mencapai langit, tetapi Raja Raja Nebukadnezar dan tuhan-tuhannya telah mengalahkan perjanjian Tuhan bansa Israel.
-          Kejadian 11:2 menyatakan mengenai lokasi menara Babel dibina.
-          Daniel menyatakan bahawa kekalahan Yerusalem bukan disebabkan kuasa unggul raja Babilon tetapi kerana kehendak Tuhan. Dan 1:2
-          Umatnya yang telah melupakan Dia dan melanggar perjanjian (Orang Israel)
-          Kedaulatan Tuhan yang menopang Daniel dan rakan-rakannya menjadi kuat dan berani mengharungi godaan dan tekanan kerajaan Babilon.
-          Tuhan menyerahkan Yehuda dan Yerusalem kepada orang Babilon. Baca di 2 Raja-raja 21:10-16; 2Raja-raja 24:18-20, dan Yeremia 3:13
-          Tuhan juga akan membantu umatnya yang setia pada masa sekarang dan juga pada zaman akhir.


Isnin, 6 Januari, Iman di bawah Tekanan

-          Baca Daniel 1,
-          Daniel dan rakan-rakanya bersemuka cabaran iman dan kepercayaan yang serius.
-          Mengikuti Latihan Khas supaya melayani raja.
-          Nama mereka juga diubah: Daniel = Beltasasar, Hananiah = Sadrak, Misael = Mesak, Asariah = Abednego (Nama yg menghormati dewa-dewa Babilon)
-          Mereka juga harus belajar nilai-nilai dan budaya Babilon.
-          Makan daripada makanan raja yg telah dipersembahkan kepada dewa (arti keagamaan sebagai penerimaan, penyertaan dalam system ibadah raja Babilon).
-          Daniel dan rakan-rakannya tetap setia dalam banyak godaan dari kota yang besar dan termasyur pada masa itu.


Selasa, 7 Januari, Keputusan yang Tegas

-          Mereka masih lagi mengunakan nama Ibrani sesame mereka.
-          Mereka tidak memakan makanan dan minuman dari meja raja kerana: Pertama: Mungkin terdapat makanan yang tidak halal. Kedua: , Makanan tersebut telah dipersembahkan kepada dewa-dewa orang Babilon.
-          Daniel mencadangkan ujian – 10 hari memakan makanan yang telah dipilih, hasilnya positif walaupun jangka masa yang pendek melalui keyakinan kepada Tuhan, pilihan diet sayur-sayuran dan air menunjukkan kembali makanan awal umat manusia sewaktu penciptaan Kej 1:29.


Rabu, 8 Januari, Tidak Bercela dan Berkhikmat

-          Daniel dan rakan-raknanya dipilih kerana  “Tidak ada sesuatu cela” dan “berperawakan baik” (Dan 1:4)
-          Korban bakakran dan orang-orang yang melayani di tempat kudus juga “tidak bercela” (Im 22: 17-25, Im:21:16-24 ).
-          Raja Babel membandingkan dirinya dengan Tuhan Israel.
-          Baca Galatia 2:19,20; Matius 16:24-26; dan 2 Korintus 4:17 mengenai bagaimana kita boleh tetap setia dalam apa sahaja pencobaan-pencobaan yang kita hadapi.
-          Dalam cobaan 10 hari persebut, mereka lebih sihat, gemuk, lebih pandai dan berpengetahuan daripada pelajar-pelajar lain.
-          Begitu juga dalam hidup kita harus setia.


Khamis, 9 Januari, Ujian Akhir

-          Selepas tiga tahun latihan di Universiti Babilon, mereka telah lulus peperiksaan dan terus segera diambil utk berkhidmat di Istana raja.
-          Daniel 1 = 1) Tuhan mengawal sejarah, 2) Tuhan memberi hikmat 3) Tuhan menghargai orang yang percaya dan setia.


                                                                                   
 

No comments:

Post a Comment