Friday, January 24, 2020

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke 3, 11-17 Januari 2020


Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-3, 11-17 Januari 2020

Dari Misteri Kepada Pengungkapan

Petang Sabat

Baca Untuk Pelajaran Minggu Ini: Dan. 2:1-16, Kis. 17:28, Dan. 2:7-49, Mzm. 138, Yoh. 15:5, Bil. 32:4, 1 Ptr. 2:4.
Ayat Hafalan: “Berkatalah Daniel: “Terpujilah nama Tuhan dari selama-lamanya sampai selama-lamanya, sebab dari pada Dialah hikmat dan Kekuatan’” (Daniel 2:20).
-          Kebangkitan dan kejatuhan bangsa-bangsa pada sepanjang sejarah serupa kisah angin pada permukaan air dan arus laut.
-          Kehendak manusia seperti angin, berubah-ubah dan tidak dapat diramal.
-          Tiupan angin dan rebut seperti arus lautan yang merupakan kuasa pergerakkan kebijaksanaan Tuhan.
-          Tuhan tidak pernah mengenal gesa atau kelambatan.
-          Tuhan yang di Syurgalah yang mempengaruhi sejarah manusia kepada kemuncak keagungannya.

Ahad – 12 Januari 2020

Kebesaran Tuhan 

Baca Daniel 2:1-16. Mengenai krisis dari mimpi yang Tuhan berikan kepada raja Babel.
-          Mimpi dianggap amat serius dalam dunia kuno.
-          Raja Nebukadnezar sangant cemas tentang mimpi yang beliau tidak dapat ingati.
-          Ahli-ahli mimpi tidak dapat  memberitahu raja apa mimpinya. (Dan. 2:11)
-          Raja rasa hampa, memerintah agar membunuh semua orang bijak pandai di Babilon termasuk Daniel dan 3 rakannya yang baru saja selesai latihan mereka di Universiti Babilon.
-          Daniel dengan “cerdik dan bijaksana” (Dan. 2:14) mendekati Ariokh pemimpin pengawal raja.
-          Daniel memohon masa dari raja agar dapat menyelesaikan mimpi misteri itu.
-          Tidak ada seorang pun manusia boleh menyelesaikan misteri serupa itu.
-          Hanya Tuhan yang mampu mengungkapkan kandungan mimpi itu dan maksudnya.

Isnin – 13 Januari 2020

Doa

Baca Daniel 2:17-23 Doa yang dilayangkan
-          Doa permohonan Daniel meminta Tuhan mengungkapkan kandungan dan maksud mimpi tersebut. (Dan. 2:17-19)
-          Tuhan menjawab permohonan mereka memalui doa yang penuh kesyukuran dan pujian.
-          Tuhan merupakan sumber hikmat, mengawal alam dan sejarah politik.
-          Dalam doa kita harus percaya, setiasa memuji dan bersykur kepadaNya.

Selasa – 14 Januari 2020

Patung Bahagian 1 

-          Baca Daniel 2:24:30, Yohanes 15:5 (Perkara Penting Yang Kita Ingat)
-          Tuhan mengungkapkan kandungan mimpi itu serta maksudnya.
-          Daniel memberitahu raja dan bersaksi akan kuasa “Tuhan di Syurga”.
-          Krisis kerana mimpi bukan berita yang baik untuk raja.
-          Baca Dan. 2:31-49  Mimpi tentang nasib raja Nebukadnezar.
-          Mimpi = Sebuah patung besar, kepalanya dari emas tua, dada & lenggannya dari perak, perut & pinggangnya dari tembaga, paha dari besi, kaki dari besi dan tanah liat (Dan. 2:34), sebuah batu menimpa patung itu tepat pada kakinya (Dan. 2:34) dan semua struktur itu remuk dan bertaburan seperti sekam ditiup angina.
-          Pelbagai besi itu lambang pelbagai kerajaanX2 seterusnya.
-          Sehinggalah kerajaan kekal dan beza sifatnya: Kerajaan Tuhan yang kekal dan bertahan selama-lamanya.



                                                                                   
 

No comments:

Post a Comment