RINGKASAN PELAJARAN 9, 23-29 November 2019
Pencubaan, Kesukaran dan Jadual
PETANG SABAT
Ayat Hafalan: “Menggabungkan diri dengan saudara-saudara
mereka, yakni pemuka-pemuka mereka itu. Mereka bersumpah kutuk untuk hidup
menurut hukum Allah yang diberikan dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan
untuk tetap mengikuti dan melakukan segala perintah TUHAN, yakni Tuhan kami,
serta segala peraturan dan ketetapan-Nya” (Nehemia 10:29).
-
Tuhan Alkitabiah adalah Tuhan yang berperincian.
-
Tuhan tidak pernah melupakan kita.
-
Tuhan mengetahui segala hal tentang keluarga
kita dan perkara yg org lain anggap
“tidak penting”.
-
Jesus katakana Tuhan menghitung burung pipit dan
rambut kita.
-
Jangan Takut kerana kita lebih berharga dari
burung pipit Lukas 12:6,7
-
Tuhan itu peduli serta prihatin terhadap kita,
dan mengetahui punca masalah yg berlaku.
-
Kita harus yakin, percaya dan pasti bahawa Tuhan
peduli setiap hal dlm kehidupan kita.
-
Kita juga harus tahu dan ambil peduli setiap hal
dalam kehidupan kita.
AHAD, 24 November 2018
Tuhan Dalam Sejarah
Sila baca Ezra 1:9-11 dan Daniel 1:1,2
-
Perincian yg diberikan dlm Ezra
-
Dlm Daniel gambaran besar itu dibentangkan,
Tuhan sedang mengawal
-
Setiap bangsa dan individu, Tuhan telah
menetapkan satu tempat dalam rencanaNya yang besar.
-
Semua kita sedang diuji dan mempunyai pilihan
utk bersama Tuhan dalam rencana penyelamatan Nya.
-
Sila baca Daniel 5
-
Babilon jatuh pada Oktober, 539 S.M. ditakluki
oleh Koresh raja tentera Media-Persia.
-
Belsyazar – Kepalsuan bergantung kepada
kejayaan, kemewahan, dan kemasyhuran dan sombong sehingga membawa kematiannya.
-
Apabila kita hilang kesedaran terhadap kesucian
Tuhan dan kehadiran-Nya di dalam hidup kita maka kita akan melangkah di dalam
laluan ditemani dengan komplikasi, masalah dan trategi yg akhirnya berkesudahan
dalam kematian.
-
Kita harus merendahkan diri di hadapan Tuhan.
ISNIN, 25 November 2019
Di Dalam Kota Mereka
Sila lihat di dalam Ezra 2 dan Nehemia 7
-
Ezra 2 : Senarai mereka yg kembali dari
pembuangan di babilon bersama Zerubabel dan Yosua (Keperihatinan Tuhan terhadap
kita)
-
Semua generasi pertama iaitu generasi Ezra –
Nehemia, mennyumbang kepada pencapaian yg besar.
-
Kepimpinan Ezra dan Nehemia dihargai
-
Umat itu juga telah melaksanakan tugas mereka.
-
Bait Suci kedua dibangunkan semula, Yerusalem
direkabentuk semula dan megahnya.
-
Sila baca Nehemia 7:73
-
Kejayaan umat Israel adalah kerana menurut
rencana dan janji-janji Tuhan.
SELASA, 26 November 2019
Di Manakah Para Imam?
-
Kembalinya bangsa Yahudi / orang Israel dari
babilon merupakan pengenapan nubuatan yang menakjubkan.
-
Sila baca Ezra 8:1-15, kebimbangan mendirikan
semula bansa Israel
-
Tidak semua orang Yahudi dan orang Lewi ingin
kembali ke tanah air mereka.
-
Ramai antara mereka dibesarkan di Babilon.
-
Perjalanan yang jauh dan membahayakan serta
tidak pernah kenali.
-
Orang Yahudi sudah tinggal selama satu setengah
abad di Babilon.
-
Terdapat juga golongan orang kaya Yahudi di
wilayah Mesopotamia pada Zaman pemerintahan Artahsasta I.
-
Kelompok kecil yang kembali mengetahui kehidupan
yang sukar sebagai perintis di tanah air mereka.
-
Ezra Berjaya memujuk hampir 2000 keluarga
berserta saudara-mara mereka kembali ke tanah air mereka dahulu.
RABU, 27 November 2019
Direndahkan Diri Di Hadapan Tuhan
-
Sila baca Ulangan 30:1-6, Janji yang diberikan
kepada bansa Ibrani, makna janji, janji-janji lain dan kepada mereka seperti
Ezra dan Nehemia.
-
Ezra dan Nehemia mengetahui nubuatan (Kembali ke
tanah air asal mereka)
-
Nehemia 9; memahami sejarah dan punca masalah
mereka. Mereka tahu mengenai kemurahan Tuhan dan pimpinan Tuhan di sebalik dosa
mereka.
-
Mereka percaya kepada Tuhan dan membolehkan
umatnya pulang ke tanah air asal mareka.
-
Mereka tetap berhadapan banyak cabaran sepanjang
perjalanan mereka walaupun adanya janji-janji Tuhan.
-
Sila baca Ezra 8: 16-23, mengenai cabaran dan
penyelesaiannya.
-
Puasa dan merendahkan diri di hadapan Tuhan
adalah cara mengakui betapa mereka sangat bergantung kepada Tuhan atas kejayaan
mereka.
-
Idea bantuan dan perlindungan daripada raja
terfikir oleh Ezra tetapi akhirnya tidak berbuat demikian.
-
Nehemia mempunyai pengiring melindunginya.
-
Ezra merasakan meminta dengan raja, maka itu
dianggap suatu yg tidak menghormati Tuhan.
-
Baca Ezra 8:22, 31.
-
Tuhan melindungi umatnya dan sampai ke destinasi
mereka dengan selamat.
KHAMIS, 28 November 2019
Di Dalam Kota Suci
Sila baca Nehemia 11:1, 2
-
Keperluan mendapat beberapa penghuni baru bagi Yerusalem dari kalangan mereka yang baru tiba dari Babilon.
-
Mudah tinggal di desa daripada di Bandar.
-
Berpindah ke persekitaran yang baru yg tidak
diketahui selalu adalah sukar.
-
Misi ke kota atau desa yang baharu di mana Injil
perlu dikhabarkan.
-
Memerlukan satu persediaan berhadapan dengan
pengalaman dan kesukaran yang baharu.
-
Pemimpin terkemuka tidak terjaga kepada
pekerjaan yg mesti diselesaikan.
-
Terdapat beribu-ribu orang yang perlu diberi
amaran tentang kedatangan Juruslamat.
-
Sila baca Nehemia 12:1-26, Nehemia 12:27-47
-
Orang yang berdedikasi dan ditahbiskan
diperlukan sebelum perkara-perkara yang hebat dapat dilaksanakan.
-
Para keluarga imam membantu Nehemia membina
tembok agar mereka dapat menyembah Tuhan yg hidup di dalam bait suci dengan
selamat tanpa gangguan dari luar.
-
Tembok penting untuk keselamatan, tanpa imam
yang setia, ibadah sejati akan beradadala bahaya.
-
Semua kita mempunyai fungsi tertentu dan peranan
masing-masing untuk dilaksanakan.


