Friday, November 8, 2019

Ringkasan Pelajaran 6, 2-8 November 2019



Pembacaan Firman

Petang Sabat, 2 November
Ayat Hafalan: “Bagian-bagian dari pada kitab itu, yakni Taurat Allah, dibacakan dengan jelas, dengan diberi keterangan-keterangan, sehingga pembacaan dimengerti” (Nehemia 8:9).
-          Tembok & pintu gerbang Yerusalem siap dibina semula dibawah pimpinan Nehemia
-          Tembok selesai pada bulan Elul (bulan ke-6; Neh 6:15).
-          Bangsa di sekeliling kagum dan mengakui hasil bantuan Tuhan (Neh 6:16)
-          Disebalik penentangan dan kebencian yg luar biasa yg dialami umat Israel, mereka masih mampu menyelesaikan pekerjaan.
-          Nehemia melantik seorang gabenor Yerusalem (iaitu saudaranya Hanani) dan seorang panglima benteng (Hananya).
-          Kedua-dua lelaki dipilih: Integriti, amanah dan menghormati Tuhan (Neh 7:2)
-          Fasal menyusul di Nehemia 8 -10.
-          Peristiwa penting pada bulan Tishri (Bulan Ke-7) Neh 8:12
-          Umat Israel bertekad menuruti Firma Tuhan & bersukacita.


Ahad, 3 November - Rakyat Berhimpun
Nehemia 8: 1, 2 beritahu kepada kita betapa pentingnya Firma Tuhan kepada umat
-          Orang Yahudi berpindah ke Yerusalem
-          Berkumpul di kawasan lapang Yerusalem pada bulan ke-7 (bulan Tishri), bulan paling penting
-          Ditahbiskan kepada Pesta Trompet (Persediaan Penghakiman Tuhan, hari Pertama dalam bulan Ke-7.
-          Mereka membina pentas dengn mimbar utk majlis itu.
-          Para pemimpin menyeru kaum lelaki dan wanita bangsa itu utk menghadiri perhimpunan istimewa, diserta dengan pembacaan Hukum, belajar tentang Tuhan dan sejarah mereka.
-          Ezra diundang membawa kitab Hukum Musa dan membacanya.
-          Hari Pendamaian (Hari Penghakiman, hari ke-10 pada bulan itu.
-          Pesta Pondok Daun, hari ke 15 pada bulan itu (Memperingati pembebasan umat Tuhan dari Mesir oleh Tuhan dan perbekalan yg Dia berikan selama pengembaraan di padang gurun)
-          Ulangan 31:9-13, Musa memberitahu orange Israel bahawa, semasa Perayaan Pondok Daun, mereka akan berkumpul dan membacanya bersama Hukum Tuhan dan ia menyebutkan pelbagai kumpulan yang perlu dihimpunkan bersama:  lelaki, wanita,kanak-kanak dan orang asing yg ada di rumah mereka.
-          Nehemia 8:1, mengatakan mereka berkumpul “sebagai satu orang”.
-          Pentingnya perpaduan dikalangan umat percaya?


Isnin, 4 November - Membaca dan Mendengar Hukum
-          Ezra membawa dan membaca Hukum itu di hadapan perhimpunan.
-          Hanya Hukum Sepuluh itu yang dibaca berulang kali selama setengah hari.
-          Rujukan kepada buku Hukum itu harus difahami sebagai terdiri daripada 5 kitab Musa: Kitab Kejadian sampai kitab Ulangan dikenali sebagai Taurat Ibrani.
-          Hukum = Arahan (Tuhan)
-          Jalan yg harus kita lalui agar tidak terlepas daripada menuju ke sasaran.
-          Sejarah sebagai umat Tuhan, bermula dengan Penciptaan hingga ke zaman Yosua.
-          Melalui cerita,lagux2,puisi,berkat dam hukum, diingatkan tentang perjuangan mereka dlm mengikuti Tuhan dan kesetiaan Tuhan kepada mereka.
-          Taurat termasuklah “Hokum”.
-          Mengabungkan sejarah umat Tuhan dan menjelaskan pimpinan Tuhan.
-          Nehemia 8:3; Ulangan 4:1, 6:3,4; Yosua 1:9; Mazmur 1:2, Amsal 19:20, Yehezkiel 37:4 dan Matius 17:5 (Berinteraksi dengan Firma Tuhan)
-          Umat Israel ingin mendengar Firman Tuhan – Hasil daripada pembacaan dan pengajaran Firman oleh Ezra sejak kedatangannya ke Yerusalem sekitar 13 tahun lepas.
-          Ezra berdedikasi kepada pekerjaan Tuhan dan bertekad utk membuat perubahan.
-          Mereka membuat keputusan sungguh utk mendengar dan menurutinya.
-          Menghampiri Taurat itu dengan penuh hormat dan satu keinginan utk belajar.
-          Di dalam Firman mewujubkan satu kerinduan yg mendalam terharap hadirat Tuhan dlm kehidupan.




Selasa, 5 November - Membaca dan Mentafsirkan Firman
Nehemi 8:4-8 Pembacaan Hukum itu dilakukan
-          Terdapat 2 Kumpulan: 13 orang lelaki bagi setiap kumpulan, berdiri bersama Ezra semasa membaca.
-          Kumpulan 13 org pertama (Nem 8:4), membantu membaca Firman Tuhan
-          Kumpulan 13 org kedua (Nem 8:7), membantu dlm memahami petikan yg telah dibaca.
-          Kumpulan yg membantu membaca mungkin memegang kitab Taurat (Gulungan Kitab Ibrani adalah berat dan perlu bantuan org lain utk membukanya serta membacanya berturut-turut dan saling berganti ketika membaca.
-          Membaca dari pagi hingga tengahari.
-          Ungkapan “dengan diberi keterangan-keterangan” dan “ sehingga pembacaan dimengerti Neh 8:9.
-          Bahasa Aramik digunakan di Babylon
-          Kisah 8: 26-38, umat percaya secara individu harus mengetahui Firman Tuhan.



Rabu, 6 November - Respon Rakyat
-          Umat berdiri
-          Sebelum membaca, Ezra memberkati Tuhan
-          Rakyat merespon dengan “Amen, Amen! (Neh 8:5.6), serentak mengangkat tangan ke arah surge.
-          Mereka kemudian menundukkan kepala mereka dan menyembah dengan muka mereka menghadap ke tanah.
-          Nehemia 8:9-12, pemimpin menasihati orang ramai supaya tidak berduka dan menangis.
-          Mereka merasakan dosa mereka sendiri dan menangis.
-          Tuhan itu penuh dengan cinta, kebaikan, belas kasihan dan kesetiaan.
-          Kekurangan dan kegagalan kita sendiri utk menjadi apa yg seharusnya terpapar dihadapan kita.
-          Kesedaran menyebabkan bangsa Israel menangis dan meratap, tetapi mereka tidak harus berduka, “sukacita kerana Tuhan itulah perlindunganmu (Nehemia 8:11).
-          Mereka percaya kepada kuasa Tuhan di waktu kegagalan.
-          Hanya melalui pertaubatan bersukacita ,Tuhan akan mendengar dan mengampunkan umatnya.




Khamis, 7 November - Bersukacita Di Dalam Tuhan
-          Sukacita kerena TUHAN itulah perlindungan” Neh 8:11.
-          Menikmati kehidupan, mengenal Tuhan dan reality kasih-Nya.
-          Bergembira di dalam Tuhan memberikan kita kekuatan utk hadapi hari ini dan masa hadapan.
-          Nehemia 8: 13-18, tentang umat dan pemimpin datang kepada Ezra utk mempelajari kitab Tuhan, agar memimpin umat dalam cara yang betul mengikut kehendak Tuhan.
-          Imamat 23:39-43 perintahan Israel utk dilakukan.
-          Umat itu kini mahu menuruti Firm Tuhan, kerana selepas beberapa dekad dalam penawanan dan mempelajari tentang “Ketidaktaatan”.
-          Mereka akan merayakan perayaan itu dan “bersukaria di hadapan TUHANmu, tujuh hari lamanya” Im 23:40.

-TAMAT- 



                                                                                   
 

No comments:

Post a Comment