Friday, November 29, 2019

Ringkasan Sekolah Sabat 9, 23-29 November 2019

RINGKASAN PELAJARAN 9, 23-29 November 2019

Pencubaan, Kesukaran dan Jadual


PETANG SABAT
Ayat Hafalan: “Menggabungkan diri dengan saudara-saudara mereka, yakni pemuka-pemuka mereka itu. Mereka bersumpah kutuk untuk hidup menurut hukum Allah yang diberikan dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk tetap mengikuti dan melakukan segala perintah TUHAN, yakni Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya” (Nehemia 10:29).
-          Tuhan Alkitabiah adalah Tuhan yang berperincian.
-          Tuhan tidak pernah melupakan kita.
-          Tuhan mengetahui segala hal tentang keluarga kita  dan perkara yg org lain anggap “tidak penting”.
-          Jesus katakana Tuhan menghitung burung pipit dan rambut kita.
-          Jangan Takut kerana kita lebih berharga dari burung pipit Lukas 12:6,7
-          Tuhan itu peduli serta prihatin terhadap kita, dan mengetahui punca masalah yg berlaku.
-          Kita harus yakin, percaya dan pasti bahawa Tuhan peduli setiap hal dlm kehidupan kita.
-          Kita juga harus tahu dan ambil peduli setiap hal dalam kehidupan kita.


 AHAD, 24 November 2018
Tuhan Dalam Sejarah
Sila baca Ezra 1:9-11 dan Daniel 1:1,2
-          Perincian yg diberikan dlm Ezra
-          Dlm Daniel gambaran besar itu dibentangkan, Tuhan sedang mengawal
-          Setiap bangsa dan individu, Tuhan telah menetapkan satu tempat dalam rencanaNya yang besar.
-          Semua kita sedang diuji dan mempunyai pilihan utk bersama Tuhan dalam rencana penyelamatan Nya.
-          Sila baca Daniel 5
-          Babilon jatuh pada Oktober, 539 S.M. ditakluki oleh Koresh raja tentera Media-Persia.
-          Belsyazar – Kepalsuan bergantung kepada kejayaan, kemewahan, dan kemasyhuran dan sombong sehingga membawa kematiannya.
-          Apabila kita hilang kesedaran terhadap kesucian Tuhan dan kehadiran-Nya di dalam hidup kita maka kita akan melangkah di dalam laluan ditemani dengan komplikasi, masalah dan trategi yg akhirnya berkesudahan dalam kematian.
-          Kita harus merendahkan diri di hadapan Tuhan.


ISNIN, 25 November 2019
Di Dalam Kota Mereka
Sila lihat di dalam Ezra 2 dan Nehemia 7
-          Ezra 2 : Senarai mereka yg kembali dari pembuangan di babilon bersama Zerubabel dan Yosua (Keperihatinan Tuhan terhadap kita)
-          Semua generasi pertama iaitu generasi Ezra – Nehemia, mennyumbang kepada pencapaian yg besar.
-          Kepimpinan Ezra dan Nehemia dihargai
-          Umat itu juga telah melaksanakan tugas mereka.
-          Bait Suci kedua dibangunkan semula, Yerusalem direkabentuk semula dan megahnya.
-          Sila baca Nehemia 7:73
-          Kejayaan umat Israel adalah kerana menurut rencana dan janji-janji Tuhan.


SELASA, 26 November 2019
Di Manakah Para Imam?
-          Kembalinya bangsa Yahudi / orang Israel dari babilon merupakan pengenapan nubuatan yang menakjubkan.
-          Sila baca Ezra 8:1-15, kebimbangan mendirikan semula bansa Israel
-          Tidak semua orang Yahudi dan orang Lewi ingin kembali ke tanah air mereka.
-          Ramai antara mereka dibesarkan di Babilon.
-          Perjalanan yang jauh dan membahayakan serta tidak pernah kenali.
-          Orang Yahudi sudah tinggal selama satu setengah abad di Babilon.
-          Terdapat juga golongan orang kaya Yahudi di wilayah Mesopotamia pada Zaman pemerintahan Artahsasta I.
-          Kelompok kecil yang kembali mengetahui kehidupan yang sukar sebagai perintis di tanah air mereka.
-          Ezra Berjaya memujuk hampir 2000 keluarga berserta saudara-mara mereka kembali ke tanah air mereka dahulu.


RABU, 27 November 2019
Direndahkan Diri Di Hadapan Tuhan
-          Sila baca Ulangan 30:1-6, Janji yang diberikan kepada bansa Ibrani, makna janji, janji-janji lain dan kepada mereka seperti Ezra dan Nehemia.
-          Ezra dan Nehemia mengetahui nubuatan (Kembali ke tanah air asal mereka)
-          Nehemia 9; memahami sejarah dan punca masalah mereka. Mereka tahu mengenai kemurahan Tuhan dan pimpinan Tuhan di sebalik dosa mereka.
-          Mereka percaya kepada Tuhan dan membolehkan umatnya pulang ke tanah air asal mareka.
-          Mereka tetap berhadapan banyak cabaran sepanjang perjalanan mereka walaupun adanya janji-janji Tuhan.
-          Sila baca Ezra 8: 16-23, mengenai cabaran dan penyelesaiannya.
-          Puasa dan merendahkan diri di hadapan Tuhan adalah cara mengakui betapa mereka sangat bergantung kepada Tuhan atas kejayaan mereka.
-          Idea bantuan dan perlindungan daripada raja terfikir oleh Ezra tetapi akhirnya tidak berbuat demikian.
-          Nehemia mempunyai pengiring melindunginya.
-          Ezra merasakan meminta dengan raja, maka itu dianggap suatu yg tidak menghormati Tuhan.
-          Baca Ezra 8:22, 31.
-          Tuhan melindungi umatnya dan sampai ke destinasi mereka dengan selamat.


KHAMIS, 28 November 2019
Di Dalam Kota Suci
Sila baca Nehemia 11:1, 2
-          Keperluan mendapat beberapa penghuni baru  bagi Yerusalem dari kalangan  mereka yang baru tiba dari Babilon.
-          Mudah tinggal di desa daripada di Bandar.
-          Berpindah ke persekitaran yang baru yg tidak diketahui selalu adalah sukar.
-          Misi ke kota atau desa yang baharu di mana Injil perlu dikhabarkan.
-          Memerlukan satu persediaan berhadapan dengan pengalaman dan kesukaran yang baharu.
-          Pemimpin terkemuka tidak terjaga kepada pekerjaan yg mesti diselesaikan.
-          Terdapat beribu-ribu orang yang perlu diberi amaran tentang kedatangan Juruslamat.
-          Sila baca Nehemia 12:1-26, Nehemia 12:27-47
-          Orang yang berdedikasi dan ditahbiskan diperlukan sebelum perkara-perkara yang hebat dapat dilaksanakan.
-          Para keluarga imam membantu Nehemia membina tembok agar mereka dapat menyembah Tuhan yg hidup di dalam bait suci dengan selamat tanpa gangguan dari luar.
-          Tembok penting untuk keselamatan, tanpa imam yang setia, ibadah sejati akan beradadala bahaya.
-          Semua kita mempunyai fungsi tertentu dan peranan masing-masing untuk dilaksanakan.

-TAMAT- 


                                                                                   
 

No comments:

Post a Comment