Thursday, February 13, 2020

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-7, 8-14 Februari 2020



Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-7, 8-14 Februari 2020


Dari Gua Singa ke Gua Malaikat


Petang Sabat
Baca Untuk Pelajaran Minggu Ini: Daniel 6,  1 Sam. 18:6-9, Mat. 6:6, Kis. 5:27-32, Mrk 6:14-29, Ibr. 11:35-38.
Ayat Hafalan: “Kemudian para pejabat tinggi dan wakil raja itu mencari alasan dakwaan terhadap Daniel dalam hal pemerintahan, tetapi mereka tidak mendapat alasan apa pun atau sesuatu kesalahan, sebab ia setia dan tidak ada didapati sesuatu kelalaian atau sesuatu kesalahan padanya” (Daniel 6:5).
-          Media-Persia ambil alih pemerintahan Babilon
-          Darius raja Media Persia mengenal kebijaksanaan Daniel.
-          Melantik Daniel menjadi pemerintah ke atas seluruh kerajaan Media-Persia.
-          Kesan dari Kecemburuan (Dosa pertama)
-          Daniel setia dengan tugasannya dan juga Tuhannya.
-          Pengalaman Daniel dalam hadapi penganiayaan memberi pengajaran bagi kita pada masa sekarang.
-          Sudah pastinya berlakunya konflik kejahatan dan kebaikan
-          Tuhan akhirnya akan membela umat-Nya.


 Ahad – 9 Februari 2020
Jiwa yang Cemburu
-          Di syurga,Lusifer iri hati dan cemburu terhadap Yesus
-          Hatinya penuh dengan iri hati dan kebencian walaupun tunduk Yesus.
-          Kecemburuan adalah satu perasaan yang bahaya.
-          Bertentangan dengan hukum 10.
-          Lihat Kel. 20:17
Baca Daniel 6:1-5, Kejadian 37:11 dan 1 Samuel 18:6-9 (Peranan kecemburuan dalam kisah ini)
-          Raja suka dengan pemerintahan Daniel, tetapi pegawai-pegawai lain sangat cemburu.
-          Mereka berpakat untuk menyingkirkan Daniel dengan tuduhan melakukan kejahatan.
-          Daniel setia, tidak lalai serta tidak melakukan kesalahan. (Dan.6:5)
-          Perkataan Aramaik “setia” = “boleh dipercayai”.
-          Mereka mengetahui bahawa Daniel sangat setia dan taat kepada Tuhan serta hukum.
-          Pegawai tinggi tersebut juga tahu bahawa Daniel akan memihak kepada hukum Tuhan lebih dari hukum kerajaan Media-Persia.
-          Secara lahiriahnya, manusia memang berdosa dan mempunyai perasan cemburu yang kuat.
-          Kita harus kuatkan iman kita dan setia kepada Tuhan seperti Daniel, agar diberi ketenangan menghindari perasaan cemburu pada diri kita.
-          Berhubung dengan Tuhan sepanjang masa, agar Roh Kudus bekerja dalam diri kita dalam pengawal, membimbingkan kehidupan seharian kita.


Isnin – 10 Februari 2020
Rancangan Menentang Daniel
Baca Daniel 6:6-9
-          Raja tertipu dengan mainan politik para pegawainya yang ingin jatuhkan Daniel.
-          Darius bubar pentadbiran pusat kerajaan, membentuk 120 wilayah (punya risiko pepecahan jangka panjang)
-          Perintah semua orang menyampaikan permohonan hanya kepada raja selama 30 hari (ketaatan rakyat kepada raja sebagai wakil dewa)
-          Pegawai tinggi tipu raja mengatakan mendapat sokongan dari pemerintah-pemerintah wilayah, penguasa-penguasa,bupati-bupati dan penasihat-penasihat.
-          Raja tidak menyiasat dan menghalang konspirasi itu.
-          Hukum pelanggaran: Ke-1. Pembuangan ke dalam gua singa (cadangan khusus musuh2 Daniel). Ke-2. Perintah itu tidak boleh diubah. (Esther 1:19 dan Esther 8:8)
-          Ahli sejarah Yunani Diodorus Siculus, peristiwa Darius III tidak dapat membatalkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.


Selasa – 11 Februari 2020
Doa Daniel
“Tetapi jika engku berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu” (Mat.6:6).
-          Baca Daniel 6:10
-          Raja Darius mengenali Daniel seorang negarawan yang berpengalaman dan memahami perkara yang tersirat dalam perintah raja agar dapat kukuhkan perpaduan kerajaan.
-          Pegawai-pegawai yang jahat merancang untuk menjatuhkan Daniel.
-          Rancangan jahat tersebut bukan sekadar politik manusia, tetapi pertempuran kosmik antara Tuhan dan kuasa-kuasa jahat.
-          Daniel menerima penglihatan pada 539 S.M (Daniel 7 (553S.M), Daniel 8 (551S.M)).
-          Pengalaman sahabat Daniel dalam Daniel 3) yang mencabar perintah Nebukadnezar.
-          Daniel tidak mengubah ibadahnya dengan berdoa 3 kali sehari menghadap Yerusalem tanpa menghiraukan larangan perintah raja.
-          Beliau telah berdoa secara terbuka sejak dulu lagi kerana kesetiaan kepada Tuhan merupakan keutamaannya jika dibanding dengan raja dan perintahnya.
-          Baca Daniel 5: 27-30 (Haruslah kita setia dan percaya kepada Tuhan kita)



Rabu – 12 Februari 2020
Di Dalam Gua Singa (Daniel selamat daripada dibaham singa)
-          Baca Daniel 6:11-23
-          Para pengomplot melihat Daniel berdoa dan membawa dawaan ke hadapan raja.
-          Mereka menghina Daniel sebagai orang buangan Yehuda (Di mata pegawai tersebut).
-          Raja sedar dia diperangkap untuk menandatangani perintah tersebut.
-          Raja cuba mencari jalan untuk menyelamatkan Daniel tapi hukuman tersebut telah diputuskan dan tidak dapat ditarik balik.(Baca Dan. 6:14)
-          Raja berat hati melemparkan Daniel kepada singa-singa.
-          Ungkapan Darius seperti sebuah doa: “Tuhanmu yang kau sembah dengan tekun, Dialah kiranya yang melepaskan engkau” Dan.6:17)
-          Melalui doa dan iman Daniel, Tuhan mengirimkan malaikatNya untuk melindungi Daniel.
-          Daniel tidak dicederakan oleh singa-singa dalam gua dan beliau meneruskan urusan-urusanya dalam kerajaan.
-          Walaupun cerita Daniel berakhir dengan penyelamatan, tetapi ada cerita di dalam Mark 6:14-29 yang berakhir dengan kesedihan.
-          Kita harus tetap setia sampai mati tidak kira senang ataupun susah, kerana kehidup di dunia adalah sementara. Kita ingin kehidupan yang kekal selama-lamanya.


Khamis – 13 Februari 2020
Terbukti Benar
-          Baca Daniel 6:24-28 (Kesaksian raja tentang Tuhan)
-          Darius memuji Tuhan dan mengakui kedaulatan Tuhan.
-          Darius memberi respon kepada penyelamatan Daniel dengan memuji Tuhan.
-          Raja menarik balik perintah itu dan memerintahkan semua orang supaya “takut dan gentar kepada Tuhannya Daniel” (Dan.6:27).
-          Daniel diselamatkan melalui keajaiban, kesetiaannya dihargai, kejahatan dihukum, kehormatan dan kekuasaan Tuhan terbukti benar.
-          Baca Daniel 6:25 (ayat ini amat menyusahkan hati kita)
-          Raja perintah lempar orang-orang yang menuduh Daniel termasuk isteri dan anak-anaknya.
-          Tindakan itu diputuskan dn dilaksanakan oleh raja menurut hukum Persia (Keluarga turut dihukum).
-          Alkitab menyatakan peristiwa itu tetapi tidak menyokong tindakan raja.
-          Alkitab melarang anak-anak dibunuh kerana dosa ibu bapa (Ulangan 24:16).
-          Janganlah kita menghakimi orang, kerana kita juga akan dihakimi suatu hari nanti (rujuk 1 Korintus 4:5).



Jumaat – 14 Februari 2020
Pandangan Tambahan
-          Penyelamatan Daniel dilaporkan di dalam Ibrani 11
-          “Dewan Kemasyuran Iman” menyatakan bahawa nabi-nabi, antara pencapaiannya adalah “menutup mulut singa-singa” (Ibr. 11:33)
-          Penyelamatan Daniel yang ajaib menunjukkan bahawa Tuhan yang memerintah, dan Dia akhirnya melepaskan semua anak-anakNya dari kuasa dosa dan kematian.

- Tamat-


                                                                                   
 


No comments:

Post a Comment