Thursday, February 13, 2020

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-6, 1-7 Februari 2020


Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-6, 1-7 Februari

Dari Keangkuhan Kepada Kehancuran

Petang Sabat
Baca Untuk Pelajaran Minggu Ini: Daniel 5, Why.17:4-6, Mzm. 96:5, Kol. 1:15-17, Rm.1:16-32, Pkh. 8:11, Why.14:8.
Ayat Hafalan: “Dia mengubah saat dan waktu, Dia memecat raja dan mengangkat raja, Dia memberi hikmat kepada orang bijaksana dan pengetahuan kepada orang yang berpengertian” (Daniel 2:21).
-          Daniel 5, contoh keangkuhan manusia, berakhir dlm cara menjakjubkan & dramatic seperti Nebukadnezar.
-          Cucunya Belsyazar tidak mempelajarinya.
-          Telah mencemarkan perkakas-perkakas kaabah (seperti serangan terhadap Tuhan).
-          Membuat pelanggaran-pelanggaran serupa tanduk kecil (lihat Daniel 8).
-          Menyerang dasar-dasar tempat kudus Tuhan.
-          Kekuasaan Belsyasar diambil (Sila baca Daniel 5)
-          Berlaku pada 539 S.M. malam ketika Babilon jatuh ke tangan tentera Media-Persia.
-          Peralihan dari emas ke perak (seperti ramalan di Daniel 2).
-          Tuhan memerintah segala perkara yang berlaku di dunia ini.


Ahad – 2 Februari 2020
Pesta Belsyazar
Baca Daniel 5:1-4 serta Daniel 1:1,2.
-          Raja Belsyazar memerintah agar peralatan kudus bait Yerusalem sebagai kelengkapan penyediaan minuman.
-          Raja Nebukadnezar rampas peralatan kaabah Yerusalem dan letaknya di dalam rumah tuhannya.
-          Belsyazar salah guna perlatan yang suci itu.
-          Para pembesarnya “memuji-muji dewa-dewa dari emas dan perak, tembaga, besi, kayu dan batu” (Dan.5:4).
-          Bangsa Babilon guna system nombor per-enam (system berasaskan nombor 60).
-          Berlawanan dengan system perpuluhan kita hari ini (berdasarkan no.10).
-          Enam kategori tuhan-tuhan mewakili semua dewa-dewa Babilon, kepenuhan system keagamaan Babilon.
-          Susunan mengikut mimpi patung Nebukadnezar kecuali kayu yang mengantikan tanah liat.
-          Kemunculan batu lambing penghakiman Tuhan ke atas kerajaan-kerajaan dunia (lihat Daniel 2:44,45).
-          Perayaan Pesta Belsyazar lambing Babilon akhir zaman seperti dalam kitab Wahyu.
-          Wanita Babilon memegang cawan emas dan menawarkan minuman tercemar kepada bangsa-bangsa.
-          Doktrin-doktrin palsu dan system penyembahan menyimpang.
-          Babilon modern menggoda dunia ke dalam kejahatan (Wahyu 17:4-6)
-          Penghakiman akan berlaku suatu hari nanti (Kedatangan Jesus Ke-2).
-          Kita harus teguh dalam imam dan jangan menghina kebenaran Firman Tuhan.


Isnin – 3 Februari 2020
Tetamu Yang Tidak Diundang (Tulisan Misteri)
Baca Daniel 5:5-8
-          Sama seperti Nebukadnezar mengatasi krisis-krisis sebelumnya (Dan.2:2, Dan. 4:7)
-          Belsyazar memanggil ahli nujum, orang bijak, ahli jampi utk menerangkan tulisan misteri itu.
-          Raja Belsyzar tawarkan penghormatan penghormatan: (1) Kain berwarna unggu, warna kerabat diraja zaman kuno (Ester 8:15), (2) rantai emas, tanda status social kelas atasan (Kej. 41:42), dan (3) Penguasa ketiga dalam kerajaan Babilon.
-          Kedudukan di Babilon: Ke-1 Nabonidus, Ke-2 Belsyazar, Ke-3 Daniel (selepas mengetahui tulisan itu)
-          Raja mencari hikmat di tempat yang salah.
-          Ahli-ahli bijak pandai tidak dapat mengungkapkan mesej (dalam bahasa Aramaik) tersebut.
-          Sila baca Yes.29:14, 1 Kor. 1:20-21.
-          Kita haruslah setiasa berpegang kepada kebenaran dan berhubung dengannya agar segala seuatu yang kita lakukan mengikut kehendakNya.


Selasa – 4 Februari 2020
Masuklah Permaisuri
-          Baca Daniel 5:9-12.
-          Majlis jamuan bertukar kepada suasana kacau oleh mesej misteri pada dinding.
-          Permaisuri mengingatkan raja tentang Daniel yang mempunyai kebolehan untuk mentafsir mimpi dan menyelesaikan misteri sewaktu zaman Nebukadnezar.
-          Satu teguran kepada Belsyazar kerana abaikan Daniel.
-          Permaisuri juga menerangkan ringkasan mengenai kelebihan yang ada  pada Daniel.
-          Baca Dan.5:11,12.
-          Daniel diabaikan mungkin tidak lagi bertugas di Istana, factor umur sudah 80 tahun, peluang kepada generasi muda, dan juga mungkin raja tidak mahu membuat komitmen kepada Tuhan Daniel.
-          Baca Roma 1:16-32


Rabu – 5 Februari 2020
Ditimbang dan Didapati Ringan (Tafsiran Tulisan)
-          Baca Daniel 5:13-28
-          Kerana terdesak, raja meminta nasihat Daniel.
-          Sikap raja terhadap Tuhan Daniel daripada kepada Daniel sendiri.
-          Respon Daniel kepada ganjaran yang ditawarkan oleh raja.
-          Daniel menyabitkan raja tiga tuduhan: Pertama: Belsyazar mengabaikan pengalaman Nebukadnezar, Kedua: Menggunakan peralatan Kaabah meminum air angur dan memuja dewa-dewanya, Ketiga: Raja mengabaikan untuk memuliakan Tuhan, “yang menggengam nafas tuanku dan segala jalan tuanku” (Dan.5:23).
-          Tulisan ilahi itu (kata kerja pertama diulang): MENE: “dikira” ; TEKEL: “ditimbangkan” dan PERES: “berpecah”.
-          Tentera Medo-Persia sedang berada di pintu-pintu gerbang Babilon.
-          MENE: masa pemerintahan tuanku dihitung oleh Tuhan dan diakhiri; TEKEL: tuanku ditimbang dengan neraca dan didapati terlalu ringan; PERES: kerajaan tuanku berpecah dan diberikan kepada orang Media dan Persia”. (Dan. 5:26-28).


Khamis – 6 Februari 2020
Kejatuhan Babilon
-          Baca Daniel 5:29-31, Wahyu 14:8, Wahyu 16:19, Wahyu 18:2
-          Belsyazar berpuas hati dengan tafsiran Daniel.
-          Berpegang kepada janji memberi ganjaran.
-          Daniel menerima hadiah kerana ingin tunjuk budi bahasa.
-          Babilon jatuh tanpa sebarang bergelutan.
-          Ahli sejarah Herodotus, orang-orang Persia mengali sebuah tebusan utk mengalihkan Sungai Efrat dan maju ke dalam kota melalui alur sungai.
-          Belsyszar dibunuh dan ayahnya Raja Nabodinus meninggalkan kota itu dan menyerah diri.
-          Kota yang agung itu telah tiba penamatan dan kepala emas itu sudah tiada lagi memerintah.
-          Belsyazar diberi banyak peluang untuk mengenali dan melakukan kehendak Tuhan.
-          Belsyazar lebih suka hiburan dan memegahkan diri dan lupa akan peristiwa yang telah berlaku pada zaman Nebukadnezar.
-          Belsyazar telah melakukan banyak dosa dan menyia-yiakan peluang  untuk mengenali kebenaran.
-          Gunakan peluang hidup kita di dunia untuk mencari kebenaran Tuhan.

-Tamat- 



                                                                                   
 

No comments:

Post a Comment