Saturday, March 21, 2020

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke-12, 14-20 Mac 2020




RINGKASAN PELAJARAN SABAT KE-12 (14-20 MAC)

PETANG SABAT, 14 MAC 2020
Baca untuk Pelajaran Minggu ini: Dan.11; Dan.8:3-8, 20-22; Yes. 46:9, 10; Dan. 8:9, 23; Mat.27:33-50.
Ayat Hafalan: “‘sebahagian dari orang-orang bijaksana itu akan jatuh, supaya dengan demikian diadakan pengujian, penyaringan dan pemurnian di antara mereka, sampai pada akhir zaman; sebab akhir zaman itu belum mencabar waktu yang telh ditetapkan’” (Daniel 11:35).
Idea yang harus difahami sejak dari mula:
-          Pertama: Daniel 11 selaras dengan rangka nubuatan dalam bab 2, 7, 8 dan 9. Dari zaman nabi hingga ke akhir masa.
-          Kedua: Rentetan kuasa dunia muncul, kuasa-kuasa yang menindas umat Tuhan.
-          Ketiga: Setiap nubuatan yang berlaku berakhir dengan kegembiraan. Daniel 2, batu itu menghancurkan patung itu; Daniel 7, Anak Manusia menerima kerajaan itu; Daniel 8 & 9, bait suci Syurgawi dipulihkan melalui pekerjaan Mesias.
Bab 11 mengikuti 3 isi kandungan asas:
-          Pertama: Bermula dengn raja-raja Persia dan nasib raja-raja tersebut serta waktu akhir masa nanti.
-          Kedua: Peperangan yang sering berlaku di antara raja utara dan selatan, serta kesan kepada Umat Tuhan.
-          Ketiga: Pengakhiran yang menggembirakan apabila raja Utara hadapi ajalnya di antara “Gunung Permai yang kudus itu” (Dan 11:45).
Kesimpulan positif, berakhirnya kejahatan dan penubuhan kerajaan abadi Tuhan.



AHAD, 15 MAC 2020
Nubuatan Tentang Persia dan Yunani
-          Baca Daniel 11:1-4
-          Gabriel beritahu Daniel akan bangkit 3 raja dari Persia dan di-ikuti raja ke-4 (paling kaya & cetuskan kekacauan dengan Yunani).
-          Selepas Koresh, 3 raja menguasai Persia: Cambyses (530-522 S.M), Smerdis Palsu (522 S.M), dan Darius I (522-486 S.M).
-          Raja ke-4, Xerxes, dalam buku Ester sebagai Ahasyweros. Sangat kaya (Ester 1:1-7), pimpin bala tentera menjajah Yunani seperti dalam nubuatan.
-          Walaupun besar kuasanya, tetapi dapat ditentang kuasa berani tentera Yunani lebih kecil jumlahnya iaitu Alexander Agung sebagai raja perkasa yang bangkit dalam Daniel 11:3.
-          Alexander Agung meninggal pada umur 32 tahun tanpa pewaris memerintah kerajaannya.
-          Kerajaan dibahagi kepada empat jeneralnya: (1) Seleucus – Kuasai Syria & Mesopotamia, (2) Ptolemy – Kuasai Mesir, (3) Lysimachus – Kuasai Thrace & sebahagian Asia Kecil, (4) Cassander – Kuasai Makedonia dan Yunani.
-          Bandingkan Daniel 11:2-4 dengan Daniel 8:3-8, 20-20. Kenal pasti kuasa-kuasa Alexander sebagai kuasa pemerintah.
-          Pelajari dari pelbagai nama, Tarikh, tempat dan peristiwa sejarah:
1. Ramalan itu digenapi seperti yang telah diramalkan oleh utusan Ilahi dan firman Tuhan tidak pernah gagal.
2. Tuhan adalah Tuhan sejarah (kuasa-kuasa politik, pemimpin-pemimpin, kerajaan-kerajaan, diktator), Alkitab mendedahkan bahawa Tuhanlah pengawal mutlak dan memusingkan roda sejarah mengikut IlahiNya, yang akhirnya menghapuskan kejahatan dan pembentukan kerajaan kekal Tuhan.



ISNIN, 16 MAC 2020
Nubuatan-nubuatan Tentang Syria dan Mesir
-          Baca Daniel 11:5-14
-          Terdapat 2 daripada 4 jeneral Alexander Agung yang membangunkan dinasti-dinasti dan sering berperang antara satu sam lain ke atas tanah mereka:
(1)    Selecus di Syria (Utara) dan
(2)    Ptomlemy di Mesir (selatan)
-          Peperangan banyak berlaku di antara raja Utara dan raja Selatan. Daniel 11:5-14.
-          Usaha menyatukan kedua-dua dinasti ini dilakukan melalui perkahwinan, namun persekutuan itu tidak perpanjangan (Dan. 11:6)
-          Sejarah menyatakan bahawa Antiochus II Theos (261-246 S.M) iaitu cucu kepada Seleucus I, berkahwin dengan Berenice, puteri kepada raja Mesir, Ptolemy II Philadelpuhus.
-          Konflik melibatkan umat Tuhan bermula tidak lama dari itu.
-          Daniel 11 mencatatkan peristiwa penting yang menyentuh kehidupan umat Tuhan dan dalam beberapa abad yang seterusnya setelah Nabi Daniel meninggal.
-          Peperangan memberi kesan kepada umat Tuhan, dimana memberitahu lebih awal banyak cabaran akan dihadapi di masa akan datang.
-          Tuhan adalah Tuhan dari sejarah, kita dapat melihat bahawa perkataan nubuatan dipenuhi seperti yang diramalkan.
-          Tuhan yang meramalkan kejatuhan kerajaan-kerajaan Hellenistik yang bertarung satu sama lain.
-          Dia layak mendapat kepercayaan dan iman kita.
-          Tuhan yang besar, mengawak peristiwa sejarah, dan juga mengawal kehidupan kita jika kita membenarkan Dia berbuat demikian.
-          Baca Yesaya 46:9,10 (Pengharapan kita sebagai umat Tuhan).


SELASA, 17 MAC 2020
Rom dan Putera Perjanjian
-          Baca Daniel 11:16-28
-          Peralihan kuasa raja-raja Helenistik (Yunani) ke Rom pagan.
-          Baca Daniel 11:16
-          Tanah Permai adalah Yerusalem, sebuah tempat Israel kuno wujud. Kuasa baru yang ambil alih adalah Rom Pagan.
-          Peristiwa yang sama dilambangkan oleh perkembangan secara mendatar oleh tanduk kecil itu sehingga sampai ke Tanah Permai (Dan. 8:9).
-          Petunjuk tambahan dalam alkitab, sebagai contoh “seorang pemungut cukai” tentulah merujuk kepada Kaesar Augustus. Semasa pemerintahannya, Yesus dilahirkan, ketika Maria dan Yusuf pergi ke Betlehem untuk daftar banci (Dan.11:20).
-          Menurut nubuatan penguasa ini akan diganti oleh “seorang yang hina” (Dan.11:21).
-          Augustus digantikan oleh Tiberious anak angkat Augustus. Tiberius dikenali sebagai seorang yang aneh dan keji.
-          Pada waktu pemerintahan Tiberius, “ Seorang raja Perjanjian” akan dihancurkan (Dan.11:22).
-          Ia merujuk kepada penyaliban Kristus sebagai “seorang yang diurapi,seorang raja” (Dan.9:25; Mat.27:33-50).
-          Petanda kukuh yang membantu menunjukkan perjalanan peristiwa sejarah, sebagai bukti kuat mengenai pengetahuan tentang masa hadapan luar biasa Tuhan.
-          Tuhan benar dalam semua peristiwa sebelum nubuatan-nubuatan ini, dan percaya kepada apa yang Dia katakan di masa depan.
-          Bahkan semua peristiwa politik dan sejarah, Yesus orang Nazareth, “seorang raja Perjanjian”, dinyatakan di dalam ayat-ayat alkitabiah. Yesus tetap menjadi pusat Kitab Suci dalam apa sahaja hal kekacauan dan pergolakkan politik.



RABU, 18 MAC 2020
Kuasa Seterusnya
-          Baca Daniel 11:29-39
-          Sistem kuasa yang baru, kesinambungan kepada Empayar Rom pagan dan mewarisi beberapa ciri-ciri pemerintahan dahulu tatapi bebeza dalam beberapa aspek.
-          “Yang kedua ini tidak sama dengan yang pertama” (Dan.11:26).
-          Merupakan satu kuasa keagamaan. Ia mengarahkan sasaran serangannya terutama kepada Tuhan dan UmatNya.
-          Beberapa tindakan yang dilakukan oleh raja ini:
1.       Bertindak “mendendam terhadap Perjanjian Kudus” (Dan 11:30), iaitu perjanjian keselamatan yang ditentang oleh raja ini.
2.       Membentuk kuasa yang akan “menajiskan tempat kudus” dan menghapuskan “korban sehari-hari” (Dan.11:31). Daniel 8, tanduk kecil menghempaskan dasar “tempat kudus” Tuhan dan mengambil “korban persembahan sehari-hari” (Dan.8:11). Satu serangan kerohanian terhadap pelayanan Kristus di bait suci Syurgawi.
3.       Kekuasaan ini menempatkan “kebencian yang membinasakan” yang menunjukkan kepada perbuatan mungkar dan memberontak tanduk kecil itu (Dan. 8:13).
4.       Menganiaya umat Tuhan: “Sebahagian dari orang-orang bijaksana itu akan jatuh, supaya dengan demikian diadakan pengujian, penyaringan dan pemurnian di antara mereka, sampai pada akhir zaman” (Dan.11:35). Mengingatkan kita kepada tanduk kecil, menjatuhkan beberapa bala tentera dan bintang-bintang dan menginjak-injak mereka (Dan.8:10; bandingkan dengan Dan.7:25).
5.       “meninggikan dan membesarkan dirinya terhadap setiap tuhan. Juga Tuhan yang mengatasi segala tuhan ia aan mengucapkan kata-kata yang tidak senonoh sama sekali” (Dan.11:36). Tanduk kecil ini juga mengucapkapkan kata-kata yang “menyombong” (Dan.7:8), bahkan menentang Yang Mahatinggi (Dan.7:25).




KHAMIS, 19 MAC 2020
Peristiwa-peristiwa Akhir
-          Baca Daniel 11:40-45
-          Akhir masa: “masa akhir” dalam buku Daniel (Dan.8:17, 11:35, 12:4,9) menyelidiki nubuatan-nubuatan masa akhir berlanjutan sejak dari kejatuhan kepausan dalam tahun 1798 hingga kebangkitan orang-orang yang telah mati (Dan.12:2).
-          Raja Utara: Dinasti Seleucid dan kemudian merujuk kepada Roma pagan dan kepada paus Roma. Raja Utara itu merupakan satu pemalsuan terhadap Tuhan yang benar, secara simbolik di dalam Alkitab seorang mempunyai perkaitan dengan Utara (Yes. 14:13).
-          Raja Selatan: Dinasti Ptolemy di Mesir, kemudian mendapat dimensi secara teologi dikaitkan dengan ateisma oleh beberapa cendekiawan.  Ulasan Ellen G.White berkaitan Mesir dalam Wahyu 11:8 menyatakan: “ini adalah ateisma”. The Great Controversy, ms.269.
-          Gunung Permai yang Kudus: Dalam Perjanjian Lama, ungkapan ini rujuk kepada Sion, pusat dan ibu kota Israel dan secara geografi terletak di Tanah Perjanjian. Selepas kayu Salib, umat Tuhan tidak ditentukan oleh garis etnik dan geografi. Gunung kudus ini simbok kepada umat Tuhan yang ada di serata dunia.
-          Kitab tafsirkan peristiwa-peristiwa seperti ini:
1.       Raja Selatan menyerang Raja Utara: Revolusi Perancis cuba membasmi agama dan mengalahkan kepausan tetapi gagal.
2.       Raja Utara melakukan serangan dan mengalahkan raja Selatan: Kekuatan agama yang diketuai kepausan dan sekutunya akhirnya mengatasi kekuatan ateisme dan membentuk gabungan dengan musuh yang dikalahkan.
3.       Edom, Moab dan orang-orang terkemuka dari Amon akan melarikan diri: Ramai umat Tuhan yang benar akan menyertai gabungan itu pada jam terakhir.
4.       Raja Utara bersiap menyerang gunung permai yang kudus itu tetapi menemui ajalnya: Kuasa-kuasa kejahatan dihancurkan, dan kerajaan Tuhan ditubuhkan.
Haruslah kita mencari kebenaran dan utamakan Tuhan dalam kehidupan kita (Mat 6:33), tidak kira waktu susah atau senang dan tetap setia dalam segala hal serta teguhkan iman kita agar kita mendapat tempat di kerajaan Tuhan yang baru itu.

-Tamat-




                                                                                   






No comments:

Post a Comment