Friday, October 11, 2019

Ringkasan Pelajaran Sabat Ke 2 Q4 2019 5-11 Oktober


Ayat Hafalan: " Ketika kudengar brita ini, duduklah aku menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa ke hadirat Tuhan semesta langit, kataku: "Ya, TUHAN, Tuhan semesta langit, Tuhan yang maha besar dan dahsyat, yang berpegang pada perjanjian dan kasih setia-Nya terhadap orang yang kasih kepada-Nya dan tetap mengikuti perintah-perintah-Nya"' (Nehemia 1:4,5)



Youtube Video: Ringkasan Sekolah Sabat Ke-2 Q4, 2019


Sabat Petang
-          Nehemia merupakan kelompok terakhir yang ditugaskan utk membangunkan semula Yerusalem
-         Terdapat tentangan dari orang ramai di sekitarnya sewaktu pembangunan kota itu.
-          Kota orang Israel merupakan ancaman kepada mereka.
-         Nehemia telah memikul kehendak Tuhan dalam pekerjaan-Nya membangunkan kembali Kota Yerusalem

Ahad 6 Oktober : Nehemia Menerima Berita Buruk
-          Nehemia berkhidmat sebagai juru minuman di istana raja Persia
-          Berita dari Hanani (saudara sebangsanya), sekitar pertengahan November dengan pertengahan  
       Disember 445S.M, selang 13tahun setelah kembalinya Ezra ke Yerusalem.
-          Situasi Buruk berlaku dimana rakyat tidak mampu membina Yerusalem.
-          Musuh telah membinasa tembok-tembok kota dan terbiar.
-          Kabar angina, yg orang Samaria memusnahkan kota itu.
-          Bait suci dibangunkan tetapi tidak berfungsi kerana tiada umat yang tinggal di Yerusalem.
-          Nehemia terus berlutut dan berdoa dan berpuasa.

Isnin 7 Oktober: Doa Nehemia
-          Doa Nehemia menceritakan kebesaran Tuhan, keadaan berdosa dan diakhiri dengan seruan minta tolong.
-          Menyerupai doa Daniel 9, Nehemia menyatakan dengan jelas Janji-janji Tuhan.
-          Ingatlah, Tuhan, bahawa Engkau berjanji yang Engkau akan mencerai-beraikan kami apabila kami tidak setia tetapi Engkau juga berjanji  untuk membawa kami kembali dan memulihkan segala sesuatu. Oleh kerana yang pertama telah terjadi, maka sekaranglah masanya untuk mengenapi janji yang kedua kerana kami sedang kembali kepadaMu.
-          Nehemia tidak takut menuntut janji-janji Tuhan & mengingati Tuhan tentang semuanya.
-          Tuhan mahu kita percaya kepadaNya, tidak kira waktu senang/susah.
-          Jangan berputus-asa.

Selasa 8 Oktober: Nehemia Berbicara
-          Nehemia 1:11, Nehemia merupakan seorang Juru Minuman
-          Mempunyai hubungan yang tetap &  rapat dengan raja
-          Dipandang sebagai Pegawai berpangkat tinggi.
-          Meminta bersungguh-sungguh dengan Tuhan, agar berbicara dengan raja Pesia mengenai situasi di Yehuda
-          Doa dijawab oleh Tuhan, pada April tahun 444 S.M (selepas Empat Bulan berita dari Hanani)
-          Sambutan raja yang mengalakkan.
-          Jawatannya dilepaskan seketika sebagai Juru Minuman di istana.
-          Menjadi seorang Gabenor di wilayah Yehuda.
-          Beliau memenangi hati raja Persia.

Rabu 9 Oktober: Nehemia Diutus
-          Raja mengutus surat bersama Nehemia kepada Sanbalat orang Horon dan Tobia orang Amon agar menyediakan jalan apa yg Nehemia perlu selesaikan.
-          Memerintah Asaf penjaga taman atau hutan utk menyediakan kayu utk membangunkan tembok kota, pintu-pintu gerbang bait suci.
-          Musuh-musuh Nehemia: Sanbalat Gabenor Samaria di utara, Tobia Gebenor Amon di timur dan Gesyem orang Arab di selatan abilalih Edom & Moab.
-          Nehemia dibantu oleh satu pasukan tentera
-          Sikap cemburu org kafir yg tinggal di sekitar kota.

Khamis 10 Oktober: Nehemia Bersedia untuk Tugasnya
-          Tuhan telah memanggil Nehemia utk tugas ini
-          Menyediakan semua yang diperlukan
-          Bergerak di depan dengan berhati-hati dalam melaksanalan tugas
-          Bangsa Yahudi menyambut baik, teguh dan berani  bagi membangunkan kota Yerusalem
-          Nehemia berbicara kata-kata yang memberikan semangat.
-          Nehemia berani dan mohon bantuan Tuhan dalam pekerjaannya.
-          Mempromosikan Tuhan kepada orang kafir.

Jumaat 11 Oktober
-          Mengenai Ketekunan Nehemia berdoa sehingga membuahkan hasil melalui bantuan raja, pegawai istana dan bantuan orang Yahudi.




                                                                                   








No comments:

Post a Comment